Thursday, April 5, 2012

Tips ~ Perut Kempis Dambaan Wanita | KURUS DENGAN SET TERBAIK SHAKLEE

 SHAKLEE 

Perut Kempis



1. Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah ketiga2 bahan ini dikisar dan diperah airnya utk diminum ..amalkan 2x sehari..insyaAllah badan beransur langsing dan menarik
  • Dua biji lobak merah dipotong
  • Sebiji mentimun segar,
  • Sebiji limau nipis,
 2. minum air suam tak minum sejuk sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.

 3. elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak.

 4. minum jus pengaga tiap2 pagi. 

5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja. 

6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x waktu pagi2. 

7. minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain. 

8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut. 

9. makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1.... 

10. kurangkan minum during eating and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. after half hour baru minum byk. 

11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna. 

12BELLY DANCING. sambil senaman boleh menghiburkan hati. buat la sendiri2 dlm bilik tidur or shower.

13. nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda.sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkat kan baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy... 

14. ...Untuk perut bahagian atas:-baring atas katil,bengkokkan lutut ,pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi .Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)-ni yang paling susah lemaknya nak dibuang...baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat...

15. jangan mandi lepas mkn. nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efectif.

16. bangun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. mungkin so that body tak terkejut sgt kut. siap ader yg bagi tip minum b4 berus gigi. 

17. kunyah very slow. so badan tak penat nak process food yg besar2. 

18. this one sangat2 penting. pastikan makan at least 4 hrs b4 go to sleepobvious reason is makanan tak sempat digest b4 that. 

19. jangan lupa plak untuk exercise. tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym

20. breastfeed baby...

selamat mencubaaaa..sebab saya pun nak praktikkan gak aa..dulu mmg rajin buat sit up mmg nampak ketara kalo rajin buat sit up ni..tapi lama2 terlebih mkn vitamin M (malas)..tu yg jadi lemak tu bertimbun balik hhehe..... jom amalkan tips ni yer.

Antara lain ialah dengan diet dengan supplement Shaklee. Sha adalah pengedar shaklee, dah ramai bleh kurus dengan shaklee lebih-lebih lagi berdiet secara sihat tanpa bahan pengawet dengan shaklee. 


kempis perut




kempis perut


kempis perut

Diatas adalah antara- antara testimoni shaklee yang telah berjaya "slim"


Hubungi saya SMS/WHATSAPP :012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 



Bonda Sha
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 853871
Contact No.: 012 - 338 5506

Perut Kempis

7 Sebab Anda Perlu Belikan Anak Anda Meal Shakes Shaklee ..bukan sekadar beli sebab testimoni best..

MEAL SHAKES
*FREE GIFT*
*FREE POSTAGE*
*FREE CONSULTATION*



Jom baca 7 fakta tentang Mealshakes Shaklee ni..

  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. 
  • Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.

Its the fact!!! Sha telah berikan Mealshakes kepada anakanda Syahid seawal usianya 1tahun 2bulan..sha campurkan dalam minumannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah anakanda Syahid dah tak meragam,sakit tubuh dan tak lena tidur malam bila balik ke kampung Terengganu seperti sebelum ni..syukur sangat2. Hati ayah dan bonda rasa lega sangat dan tak risau lagi untuk bawa anakanda Syahid travel jauh..

Selera Syahid pun semakin meningkat..makan je setiap masa,sampai Makwe (mak Sha) kata time tidur je boleh stop makan..hehehe.

Anakanda sangat aktif dan bijak..pada usia 18 bulan dah pandai tadah tangan baca doa setiap kali sebelum makan.Dah pandai pujuk bonda bila tengah marah.hehehe..


Selain dari pengalaman Sha,di sini Sha nak kongsi juga pengalaman ibu-ibu yang telah berikan anak mereka Mealshakes:
  • FB Neslo Beng Wardah Anak sy dulu mcm tu jg. Batuk kahak. Sy bg mealshakes 1 sudu kecil dlm susu dia. Alhamdulillah dgn izin allah, smpi skang dh xde dh nafas bunyi2 atau batuk mcm sesak nafas :)
  • FB  Beeha Yunos alhamdulillah,pas makan mealshakes+omega nmpk sgt beza..dah 2bln tak g ENT..alhamdulillah sgt2..kalau selsema (jangkit cousin2 dia) kejap aje dah baik..kalau tak 2mggu tak baik n kena rujuk ENT gak..alhamdulillah :))
  • FB Hanis Amin betul..betul..betul.. muadz pun alhamdulillah lepas setahun start bagi makan meal shake & omegaguard dah jarang sangat kena demam & selsema. Kalau tak boleh kata sebulan sekali atau dua kali selsema. Apa2 pun semuanya rahmat dari Allah, kita cuma berusaha

Selain itu, Mealshakes Shaklee juga terkandung 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan si manja bagi membesar dengan lebih cergas dan cerdas!!


    HARGA PASARAN MEAL SHAKES SHAKLEE    >>> RM 113.75

PENGEPOSAN SEMENANJUNG                     >>> RM 10
PENGEPOSAN SABAH/SARAWAK                >>> RM 20

JOM DAPATKAN HARGA KASIH SAYANG DARI BONDA SHA

HUBUNGI SHA : 0123385506


MEAL SHAKES

Wednesday, April 4, 2012

Kepentingan Air Masak/Air Putih/Air Suam/Plain Water



Saranan asas pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Antara kepentingan air: 
  • Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).  Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus). 
  • “Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.
  • “Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8-10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.
  • “Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
  • Air untuk buang lemakBagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Kesan kekurangan air:
  • Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan. 
  • Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air. “Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.  
  • “Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. 
  •  Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:
  • Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
  • Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
  • Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
  • Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Langkah terbaik ialah minum air: 
  • setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. 
  • pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
# Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan.




Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro