Monday, October 6, 2014

ANTI PENUAAN | SENTIASA MUDA SIHAT

vivix anti aging


Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan? Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman, produk anti-penuaan turut menjadi pilihan bagi sesetengah individu untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan. Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari, asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu. Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata. Oleh yang demikian, kita seringkali melihat iklan di kaca tv atau majalah tentang produk anti penuaan yang menjurus kepada produk yang boleh membantu untuk mengurangkan atau melindungi kulit daripada kesan penuaan tersebut.
Kandungan Dalam Produk Anti Penuaan
Terdapat pelbagai jenis formulasi produk anti penuaan yang boleh ditemui di pasaran. Berikut adalah bahan-bahan yang biasa ditemui dalam produk sedemikian:
  1. Antioksida
    Kulit manusia mempunyai bahan antioksida semulajadi yang berfungsi untuk melindungi daripada kesan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur kulit. Radikal bebas terhasil akibat daripada pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya. Antioksida semulajadi yang telah dikenalpasti untuk melindungi kulit adalah terdiri daripada Vitamin A,C,E, squalene dan coenzyme Q10. Namun, paras antioksida dalam badan akan menurun dengan peningkatan usia dan juga akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada sinaran matahari. Jadi, penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan antioksida tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan terutamanya dari segi pengurangan kedutan dan meningkatkan ketegangan kulit yang mengendur. Selain daripada antioksida semulajadi, formulasi kosmetik turut menggunakan bahan alpha lipoic acid (ALA). ALA juga merupakan sejenis antioksida yang baik namun bahan ini tidak dihasilkan secara semulajadi dalam badan.
  2. Vitamin (Vitamin A, B, C dan E)
    Terdapat banyak kajian yang dilakukan ke atas keberkesanan vitamin A dan bahan terbitannya untuk menangani masalah kedutan, pigmentasi dan masalah kulit yang tidak bermaya serta turut digunakan untuk rawatan jerawat. Vitamin A yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut adalah retinoic acid (tretinoin), retinol, retinaldehyde dan retinyl palmitate.
    Untuk mengelakkan kesan samping yang tidak diingini, penggunaan produk yang mengandungi tretinoin hanya dibenarkan dengan pengawasan dan nasihat daripada professional kesihatan. Produk tersebut tidak digalakkan untuk kegunaan ibu yang hamil kerana risiko kemudaratan ke atas bayi yang dikandung. Produk yang mengandungi tretinoin adalah dikawal sebagai ubat terkawal dan perlu berdaftar dengan pihak berwajib. Formulasi sedemikian hanya boleh diperolehi daripada hospital,klinik atau farmasi sahaja.
    Penggunaan bahan terbitan vitamin A yang lain pula boleh digunakan dalam formulasi kosmetik yang boleh diperolehi di kedai biasa atau kaunter kosmetik. Ini kerana bahan-bahan tersebut didapati kurang poten berbanding tretinoin.
    Vitamin B yang biasa ditemui dalam krim kosmetik adalah niacinamide(B3),nicotinamide dan DMAE. Walaupun data dari segi keberkesanannya adalah terhad, bahan-bahan tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan penuaan termasuk membantu untuk mencerahkan kulit.
    Terdapat banyak kajian yang menyokong keberkesanan vitamin C sebagai agen anti penuaan. Antara peranan utama vitamin C pada lapisan kulit adalah dalam penghasilan kolagen. Kolagen penting untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit.
    Vitamin E (tocopherols atau tocotrienols) menghalang radikal bebas daripada memudaratkan kulit. Penggunaan vitamin E secara kombinasi dengan vitamin C didapati dapat memberikan kesan anti penuaan yang lebih berbanding penggunaan vitamin E secara tunggal.
  3. Alpha Hydroxy Acids (AHA)
    AHA merupakan bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam makanan. Glycolic acid dan lactic acid adalah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik. Antara yang menarik tentang AHA; glycolic acid boleh ditemui dalam tebu manakala lactic acid pula boleh ditemui dalam susu masam dan jus tomato.
    AHA bertindak untuk mengeluarkan lapisan kulit yang mati dan seterusnya menggalakkan penumbuhan sel kulit yang baru. Keberkesanan AHA sebagai agen anti penuaan amat bergantung kepada kepekatan bahan yang digunakan. Penggunaan produk yang mengandungi AHA boleh menyebabkan kesan terbakar jika terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk memakai pakaian pelindung seperti cermin mata hitam, topi serta memakai produk pelindung matahari (sunscreen) semasa dan seminggu selepas menggunakan produk tersebut.
  4. Bahan Pelembab
    Kelembapan kulit adalah penting untuk mengekalkan penampilan kulit yang sihat dan cantik. Lapisan luar kulit terdiri daripada membran lipid yang bertindak untuk menghalang kehilangan air dan memerangkap kelembapan bagi mengekalkan struktur kulit yang lembut dan anjal. Bahan pelembap berfungsi untuk menyokong peranan utama membran lipid tersebut. Antara bahan pelembap yang sering digunakan dalam produk anti penuaan adalah petroleum, lanolin, minyak mineral, minyak sayuran, glycerine, propylene glycol, urea dan sebatian lilin (waxes).
  5. Pentapeptides
    Bahan yang berasaskan pentapeptides didapati dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan seterusnya mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit yang kasar. Bahan yang turut dikenali dengan nama dagangan Matrixyl ini mula mendapat perhatian industri kosmetik semenjak tahun 2002.
  6. Bahan daripada sumber tumbuhan
    Tumbuhan juga turut mengandungi agen antioksida semulajadi yang bertindak untuk mengekang kerosakan sel tumbuhan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Agen tersebut dikenali sebagai polyphenol. Antara jenis polyphenol yang biasa digunakan adalah bioflavonoid, anthocyanin, catechin, hydroxycinnamic acid, hydroxybenzoic acid dan proanthocyanidin. Melihat kepada potensi bahan tersebut, kajian lanjut berkenaan keberkesanannya sebagai agen anti penuaan perlu dijalankan dengan lebih lanjut untuk menyokong tuntutan bahan tersebut sebagai agen anti penuaan dari sumber semulajadi.
Kesimpulan
Tahap kesan penuaan mungkin tidak sama dari seseorang individu dengan individu yang lain bergantung kepada mekanisme perlindungan semulajadi dalam badan serta akibat daripada pendedahan kepada persekitaran yang berbeza-beza. Apabila umur semakin meningkat, sesetengah individu mungkin hanya mengalami masalah kedutan dan kulit kering manakala sesetengah individu yang lain pula mungkin berhadapan dengan masalah kulit yang lebih teruk. Oleh yang demikian, pengguna perlu bijak memilih produk yang bersesuaian dengan jenis dan pemasalahan kulit yang dihadapi.
Pengguna juga perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum mencuba sesuatu produk dengan cara merujuk kepada label produk. Sekiranya menghadapi masalah kulit yang teruk, mereka dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar kecantikan yang bertauliah. Penggunaan produk anti penuaan boleh dianggap sebagai salah satu kaedah untuk membantu memelihara kulit dan pengguna mungkin turut memerlukan kaedah lain untuk menangani kesan penuaan kulit yang dihadapi.
Seperti yang dapat kita lihat di pasaran, produk anti penuaan terdiri daripada pelbagai jenis ramuan yang berbeza. Kesan sesuatu produk mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.Sekiranya mengalami kesan sampingan setelah menggunakan produk tertentu, pengguna adalah dinasihatkan untuk segera berhenti menggunakannya dan berjumpa dengan doktor sekiranya perlu. Pengguna juga dinasihatkan untuk melaporkan kesan samping yang serius akibat daripada penggunaan produk tertentu kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Bagi memastikan status notifikasi produk dengan BPFK, pengguna boleh merujuk kepada laman sesawang www.bpfk.gov.my. Pengguna turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih produk dalam pasaran serta tidak membeli produk daripada sumber yang diragui.
Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.
Untuk anti penuaan Shaklee kami mencadangkan anda mengambil vitamin Vivix Shaklee atau Vita- E Complex Shaklee. Terbaik untuk anti penuaan anda.
SHAKLEE ANTI AGING

HUBUNGI SHA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT : 0123385506

PENCUCI LANTAI SHAKLEE | BERKILAT | TIDAK BERBAHAYA

PENCUCI LANTAI SHAKLEE


Basic H  Tidak bertoksik Dan Membersih secara Semulajadi


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Basic H Shaklee Sebagai Pencuci

  • Mencuci peralatan memasak, dinding, tandas,lantai
  • Menghilangkan kesan gris dan minyak
  • Mencuci dan merendam baju bayi(tidak berbau walaupun direndam sehingga 5 hari!)
Basic H Shaklee Untuk Kegunaan Rumah
  • Membersihkan sisa racun daripada sayuran dan buah-buahan
  • Menghilangkan bau busuk ikan semudah hanya dengan spray ke tong sampah sahaja
  • Membersihkan kesan getah/gula-gula getah
Basic H Shaklee Untuk Kegunaan Keluarga
  • Ubat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser
  • Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa
  • Untuk lap/sponging semasa demam. Lapkan kain yang dibasahkan dengan campuran air dan Basic H ke badan anak apabila mula ‘dedar’
  • Sebagai pencuci tangan
  • Mandian untuk anak-anak yang menghidap ekzema
BASIC H SHAKLEE
Cara Menggunakan Basic H Shaklee
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam botol spray
Periuk, besen dan pinggan mangkuk

Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin

Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam botol spray
Lantai

Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi

Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Fakta yang perlu diketahui 

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Antara Testimoni Basic H : 

pencuci lantai shaklee

pencuci lantai shaklee



    HARGA PASARAN  BASIC-H SHAKLEE    >>> RM 46.00

PENGEPOSAN SEMENANJUNG                                 >>> RM 10
    PENGEPOSAN SABAH/SARAWAK                             >>> RM 20

    DAPATKAN HARGA ISTIMEWA DARIPADA SHA
    Hubungi saya SMS/WHATSAPP : 012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 



    Bonda Sha
    Shaklee Independent Distributor
    ID No.: 853871
    Contact No.: 012 - 338 5506






    Tuesday, September 30, 2014

    KEGUGURAN RAMBUT | CARA MENGATASI | CARA MENCEGAH KEGUGURAN

    PENJAGAAN RAMBUT


    RAMBUT :
    • Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
    • Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
    • Rambut
    • dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
    • Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
    • Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
    • Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
    • Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.

    PENJAGAAN RAMBUT YANG TERBAIK

    • Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
    • Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
    • Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerintingrambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimiarambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
    • Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
    • Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
    • Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
     

    RAMBUT BERMASALAH :
    Rambut gugur (hair loss)
    • Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
    • Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
    • Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
    • Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
    • Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
    • Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
    Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.

    • Kelemumur (dandruff)

    1. Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
    2. Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
    3. Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.


    • Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)

    Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
    Penyebab rambut pecah adalah :

    • Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
    • Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
    • Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
    • Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).

    Bagi mengatasi masalah ini;

    • Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
    • Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
    • Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
    • Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
    • Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
    • Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. 
    sumber asal : http://www.myhealth.gov.my/

    Antara lain penjagaan ialah dengan Pro Sante Shaklee, iaitu set Pro Sante Shaklee, Zinc Complex, dan ESP iaitu Energizing Soy Protien.


    penjagaan rambut

    Lightweight Conditioner

    • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
    • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
    • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat




    penjagaan rambut

    Purifying Shampoo
    • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
    • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
    • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

    penjagaan rambut

    Replenishing Conditioner
    • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
    • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
    • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi



    penjagaan rambut
    Revitalizing Shampoo
    • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
    • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
    • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut

    penjagaan rambut

    Long Lasting Finishing Spray
    • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
    • memastikan gaya rambut tidak berubah
    • Memberikan perlindungan UV
    penjagaan rambut

    Zinc Complex

    Terdapat banyak sebab-sebab mengapa kita perlu zinc shaklee dalam badan kita. Sebab-sebab ini termasuk:
    • Membina sel-sel sihat 
    • Mengawal hormon 
    • Membantu dalam penyerapan nutrien lain 
    Satu hubungan penting di antara tahap zinc yg rendah membolehkan DHT menjadi tinggi (dihydrotestosterone; musuh rambut anda) dalam badan. Lebih zinc = DHT kurang; kurang zinc = DHT lebih.

    Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zinc yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zinc diperlukan oleh seluruh badan. 

    Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zinc juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita  kekurangan zinc, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zinc boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.

    PENJAGAAN RAMBUT

    ESP - Energizing Soy Protien

    Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? 

    Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.

    HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506