Sunday, December 16, 2012

SET PENJAGAAN RAMBUT DARI SHAKLEE



Set penjagaan rambut dari Shaklee. Buat lelaki dan wanita yang inginkan rambut sihat semulajadi.


  1. Nourishing Scalp Treatment  
Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yangmengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.Terbaik...

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee: ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


2.  Revitalizing Shampoo  
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

3.  Purifying Shampoo  
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

4.  Replenishing Conditioner  
  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

5.  Lightweight Conditioner  
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

6.  Long Lasting Finishing Spray  
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.


Jadual yang disarankan mengikut masalah rambut:


 Hubungi Sha untuk order Shaklee anda : 0123385506



Kejang Betis @ Leg Cramps Semasa Kehamilan


Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?
Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah.Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?
Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?
Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam dan mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?
Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.




Sunday, December 9, 2012

Shaklee Shape-Up Programme



Basic course : Detox + Fat Emulsifier + ProteinKURUS SHAKLEE 


Detox Product : Herb-lax Shaklee / Alfalfa Shaklee
Fat Emulsifier : Lecithin Shaklee
Protein : Cinch Shake Shaklee / ESP Shaklee

Kenapa perlu detox?
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Susunan terbaik Herblax Shaklee> Alfalfa Shaklee. Herblax Shaklee TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. So, cara pemakanan perlu diubahsuai untuk bf mommy. 2-3 kali seminggu ke..Antara kedua-dua product tu,Herblax Shaklee paling powerful setanding dengan harganya la kan. Alfalfa Shaklee paling slow sekali.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”..Itu sebenarnya diet paling tak berjaya..Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.

Kenapa Lecithin Shaklee perlukan Detox Product?
Lecithin fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu suggest ambil lecithin Shaklee dengan combination produk di atas.

Kepentingan Protein?
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake Shaklee, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.

Untuk Ibu menyusu, sarankan pengambilan ESP Shaklee ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake Shaklee sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.

Jadi, perlukah saya ambil kesemua product?
TERBAIK adalah ambil semua tapi kita faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan dengan herb-lax+lecithin dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein. Saya selalu suggest ikut bajet customer sebab tidak mahu membebankan.

Tips diet:
(1)  Sila minta customer anda untuk mengambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2)  Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)  Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.
(4)  WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari ye.

(5)  JANGAN SKIP MEAL. Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”.

(6)  Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)  AIR KOSONG. 25kg bersamaan 1LITER.

(8)  Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk. Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi ye..

(9)  Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la.

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Ni saya tak ingat penerangannya..




DAPATKAN HARGA ISTIMEWA DARIPADA SHA
Hubungi saya SMS/WHATSAPP :012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 




Bonda Sha
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 853871
Contact No.: 012 - 338 5506