Sunday, May 12, 2013

FAQ - Shaklee Membership : Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Assalamualaikum wbt dan salaam sejahtera..


Ramai yang bertanya soalan-soalan lazim ini kepada Sha. Di sini Sha kongsikan soalan dan jawapan yang telah disediakan oleh rakan seperjuangan Sha dalam Shaklee biz ini (TQ so much Melissa Raffur)..

Nota Kaki (dari Master Zuraifah):
1) Shaklee membership is Lifetime, jadi anda tidak perlu bayar for renewal ;))
2) Jika anda mempunyai network di Indonesia, US, China, Canada anda mempunyai peluang besar untuk success dengan menjadi Gold Ambassador Shaklee. Setiap pembelian Gold Ambassador Pak, anda secara automatik menjadi GA.
3) Bernaung di bawah group besar Jutawan bimbingan Master Shareeza dan Master Zuraifah serta personal guide dari Sha, Coordinator Bonda Sha.

Better Late than Never!

----------------------------By Melissa Rafur------------------------------------


Okay people ! Since ramai yang hantar message tanya macam mana nak generate side income with Shaklee, meh saya nak terangkan sikit. Semua orang boleh baca. :)

Q: Bagaimana nak jadi distributor Shaklee ? 
A: Registration fee is RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member kit. Ataupun anda boleh beli barangan bernilai RM680, anda boleh dapat FREE membership. :)

Q: Berapa modal yang diperlukan ?
A: Tak perlu modal pun sebab dengan Shaklee ini kita boleh buat ala-ala dropship - bila customer order dan bayar barulah kita bayar kat Shaklee. Shaklee pula akan poskan barang tu kepada customer kita. Senang kan? :) Unless nak simpan stok kat rumah, suka hati lah invest berapa pun. Hehe.

Q: Berapa sales/belian kena maintain setiap bulan ?
A: Tak perlu maintain sales/points unless anda sudah jadi leader. Tiada jumlah minimum yang anda perlu beli setiap bulan kecuali anda memang target nak mendapatkan cash bonus. Nak beli untuk sendiri & keluarga sahaja pun boleh. Tak rugi pun jadi ahli. :)

Q: Berapa keuntungan boleh dapat setiap bulan ?
A: Bergantung kepada sales/purchase kita pada bulan tersebut. Minimum 150 points untuk layak dapat cashback/rebate/bonus. Bonus bermula dari 5% sehingga 21%, depending on berapa points kita dapat. :)

Q: Kena cari orang ke ? Kena head hunting ke ?
A: Tak perlu ! Saya pun tak suka nak cari-cari orang paksa-paksa join/beli. :)

Q: Tapiii saya tak tahu macam mana nak mula berbusiness...
A: InshaaAllah saya akan guide & coach anda sebab once anda dah register dengan saya, anda dah jadi tanggungjawab saya, 'anak' saya. :) Cuma usaha untuk berjaya itu terletak pada diri anda sendiri. InshaaAllah. :)

Q: Saya nak register jadi ahli but tak nak jual-jual ni, boleh ke ?
A: Suka hati lah haha. Boleh je. Beli untuk kegunaan sendiri pun boleh. Saya takkan paksa anda jual, tanya lah mana-mana 'anak' saya, saya tak pernah paksa. Semua yang nak berbusiness semua atas inisiatif sendiri. If you need guidance saya akan tolong. :)

Q: Ok, cool ! So bagaimana nak register ?
A: Saya boleh tolong registerkan. Anda cuma perlu bagi details yang diperlukan+registration fees. Selepas itu,anda tunggu kat rumah, nanti member kit sampai ye. :)

Clear tak ? Hehe. If ada soalan tambahan boleh message saya ye. :)

Bonda Sha
Shaklee Independent Distributor
ID No. : 853871
SMS / Whatsapp / Viber : 012-338 5506

Sunday, December 16, 2012

SET PENJAGAAN RAMBUT DARI SHAKLEE



Set penjagaan rambut dari Shaklee. Buat lelaki dan wanita yang inginkan rambut sihat semulajadi.


  1. Nourishing Scalp Treatment  
Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yangmengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.Terbaik...

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee: ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


2.  Revitalizing Shampoo  
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

3.  Purifying Shampoo  
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

4.  Replenishing Conditioner  
  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

5.  Lightweight Conditioner  
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

6.  Long Lasting Finishing Spray  
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.


Jadual yang disarankan mengikut masalah rambut:


 Hubungi Sha untuk order Shaklee anda : 0123385506



Kejang Betis @ Leg Cramps Semasa Kehamilan


Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?
Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah.Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?
Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?
Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam dan mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?
Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.