Sunday, September 28, 2014

KENALI PENYAKIT PARKINSON

PENYAKIT PARKINSON
KENALI PERKINSON

Apakah Penyakit Parkinson?
Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.
Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.
Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Antara Komplikasi - Komplikasi :
Fizikal:
  • Jatuh
  • Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
  • Sembelit
  • Kesukaran penelanan (dysphagia)
  • Kesukaran pertuturan (dysarthria)
  • Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
  • Kudis tekanan
  • Turun berat badan
Psiakiatri:
  • Masalah emosi seperti:
    1. kemurungan
    2. keresahan
  • Fungsi otak terjejas seperti:
    1. Ingatan
    2. Proses pemikiran
    3. Kewarasan membuat keputusan
    4. Pertimbangan
    5. Tanggapan / persepsi
    6. Masalah tidur
Sosial:
  • Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Tanda - Tanda & Simptom-simptom :
4 Tanda dan Simptom utama:
  • Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
  • Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan - Rigidity)
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
  • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.
Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

Rawatan Bukan Ubat-ubatan
Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
  • Doktor
  • Jururawat
  • Jurupulih anggota
  • Jurupulih bahasa dan pertuturan
  • Pakar psikologi/psiakatri
  • Pegawai farmasi
  • Pegawai kebajikan perubatan
Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)
Rawatan Ubat-ubatan
Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.
Pencegahan
Punca sebenar tidak diketahui.
Rehabilitasi
Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.
Kumpulan Sokongan

 Adakah anda tahu bahawa tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom. tetapi Shaklee mempunyai Vitamin-vitamin untuk membantu melegakan dan terus membentuk sel-sel yang baru yang membolehkan pengidap mempunyai peluang yang besar untuk pulih.  Antara produk vitamin shaklee yang boleh pengidap parkinson adalah :

VIVIX SHAKLEE               >>>   Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
OSTEMATRIX SHAKLEE >>>  Untuk transmisi impuls saraf.
B - COMPLEX SHAKLEE >>>  Untuk fungsi otak dan aktiviti enzim.
LECITHIN SHAKLEE        >>>   Neurotransmitter.
ESP SHAKLEE                 >>>    Mengawal mood, memperbaiki transimisi impuls saraf.
VITA-E SHAKLEE             >>>  Menghalang kerosakan akibat radikal bebas.
OMEGA GUARD               >>>  Melancarkan peredaran darah
VITA-LEA                          >>> Malnutrisi adalah kerap bagi pesakit Parkinson.

PARKINSON

PARKINSON

PARKINSON


PARKINSON

PARKINSON

PARKINSON





















DAPATKAN HARGA KASIH SAYANG DARIPADA SHA
Hubungi saya SMS/WHATSAPP :012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 



Saturday, September 27, 2014

KENALI PENYAKIT TALASEMIA

vitamin Shaklee
Talasemia (shaklee)

sumber asal : http://www.myhealth.gov.my/

Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu
  • Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
  • Pesakit talasemia (Talasemia major)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?
Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi
shaklee talasemia
Rawatan untuk pesakit Talasemia
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.
Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.
Komplikasi Talasemi
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Bolehkah Talasemia dicegah?
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.
Adakah kumpulan sokongan untuk pesakit Talasemia?
Sila hubungi hospital berhampiran, klinik atau Persatuan Talasemia Malaysia.
Shaklee mempunyai pelbagai vitamin yang boleh diambil oleh pesakit talasemia,tetapi ade juga vitamin shaklee yang tidak boleh diambil oleh pesakit Talasemia iaitu : Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa kerana seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. 
Vitamin Shaklee yang boleh diambil oleh pesakit Talasemia adalah :
Vitamin B Complex >>> membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk                                                  membina sel darah merah.
Vita-E Complex              >>> juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel                                                   darah merah.
Ostematrix              >>>lengkap dgn Magnesium dan vitamin D juga antara vitamin yang                                           akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.
Energizing Soy Protein (ESP) >>>  juga disarankan kerana protin membantu dalam                                                                       pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini                                                                          termasuklah sel-sel darah merah.
HUBUNGI SHA UNTUK MENDAPATKAN VITAMIN SHAKLEE ANDA : 0123385506

PEMBENGKAKAN PROSTAT BUKAN KANSER

prostat shaklee


Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi oleh satu lapisan tisu luar .
Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran di mana urin dialirkan keluar daripada badan.
Adalah menjadi kebiasaan untuk kelenjar prostat membengkak bila seseorang lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser.
Kenapa Pembengkakan Prostat Berlaku
Sebab berlaku pembengkakan prostat tidak difahami sepenuhnya tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang telah berumur. Disebabkan ianya tidak terjadi kepada lelaki yang dibuang testis sebelum baligh, sesetengah orang berpendapat faktor-faktor berkaitan dengan penuaan dan testis yang mendorong perkembangan pembengkakan prostat.
Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron. Adalah dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak. Dengan peningkatan umur, lelaki terus mengeluar dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.
Tanda dan Simptom
Simptom-simptom pembengkakan prostat berpunca daripada penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
Simptom-simptom pembengkakan prostat adalah pelbagai. Saiz kelenjar prostat tidak semestinya menunjukkan keterukan penyumbatan atau keterukan simptom-simptomnya, tetapi kebanyakannya melibatkan perubahan dalam pembuangan air kencing seperti:
  • Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan
  • Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis
  • Kencing kerap terutama waktu malam
Komplikasi
Pembengkakan prostat yang teruk boleh menyebabkan masalah yang serius:
  • Seseorang yang ada pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga dia mendapat retensi urin akut. Retensi urin akut adalah keadaan di mana urin langsung tidak boleh mengalir keluar, mungkin dicetuskan oleh pengambilan ubat selsema atau alergi.
  • Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.
  • Jika pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan.
Diagnosa
Adalah penting untuk memberitahu doktor mengenai masalah pembuangan air kencing seperti mana yang diterangkan di atas. Dalam 8 daripada 10 kes, simptom-simptom ini menandakan pembengkakan prostat tetapi ia juga boleh menandakan keadaan lain yang lebih serius seperti kanser prostat yang memerlukan rawatan segera. Dapatkan pemeriksaan tahunan. Kebanyakan ujian membantu mengenalpasti masalah dan ujian ini adalah berbeza mengikut pesakit. Di bawah adalah ujian yang biasa dilakukan:
  1. Pemeriksaan Rektal Digital (Digital Rectal Exam (DRE) 
    Biasanya ujian pertama yang dilakukan dengan memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam rektum dan merasa bahagian prostat yang bersebelahan dengan rektum. Pemeriksaan ini memberi idea berkenaan saiz dan juga keadaan kelenjar tersebut.
  1. Prostate Specific Antigen (PSA) Blood Test. 
    Satu ujian darah yang membantu menolak kemungkinan kanser prostat sebagai penyebab. PSA adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel prostat, biasanya tinggi di dalam darah seseorang yang menghidapi kanser prostat
  1. Rectal Ultrasound 
    Probe (sejenis alat yang terdapat pada mesin ultrasound) dimasukkan ke dalam rektum untuk mengeluarkan gelombang bunyi. Corak gema (echo patterns) gelombang bunyi yang terhasil membantu mengesan masalah prostat. Kedua-dua ujian PSA dan ultrasound meningkatkan pengesanan bila digabungkan dengan saringan DRE. Tetapi ujian-ujian ini secara perbandingan mempunyai kadar false-positive yang tinggi dan ia mengesan lebih banyak ketumbuhan yang tidak bahaya dari segi perubatan Ujian-ujian lain termasuk:
  1. Ujian Aliran Kencing (Urine Flow Study) 
    Pesakit kencing dalam satu alat yang mengukur berapa laju pengaliran air kencing. Aliran yang perlahan biasanya menandakan pembengkakan prostat
  1. Pyelogram Intravena (Intravenous Pyelogram (IVP)) 
    Sejenis X-ray kepada saluran kencing di mana pewarna (dye) disuntik ke dalam salur darah vena, ia dikeluarkan melalui buah pinggang dan x-ray akan diambil. Pewarna ini menyebabkan aliran air kencing dapat dilihat dalam x-ray dan dapat menunjukkan penyumbatan atau sekatan dalam saluran kencing
  1. Cystoscopy 
    Di mana doktor memasukkan satu tiub yang kecil melalui satu pembukaan salur kencing pada zakar selepas bius setempat. Tiub ini dinamakan "cystoscope", yang mempunyai kanta dan sistem pencahayaan yang membantu melihat bahagian dalam salur kencing dan pundi kencing. Cystoscope membantu mengenalpasti saiz kelenjar serta lokasi dan keterukan penyumbatan.
Rawatan
Seseorang lelaki yang menghidapi pembengkakan prostat dengan simptom biasanya memerlukan rawatan pada masa tertentu. Doktor biasanya akan menasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan bila masalah menjadi mudarat atau menjejaskan kesihatan pesakit.
Sebahagian penyelidik melaporkan bahawa rawatan awal mungkin tidak diperlukan kerana simptom-simptom pembengkakan prostat akan hilang tanpa rawatan dalam 1/3 daripada kes-kes ringan. Daripada mendapat rawatan segera, pemeriksaan doktor yang berkala untuk mengesan masalah awal adalah lebih berfaedah.
Rawatan ubat-ubatan
Ubat boleh didapati untuk menghalang pengeluaran hormon DHT. Ubat ini boleh mengecut atau sekurang-kurangnya memberhentikan pembengkakan prostat tanpa pembedahan.
Ubat-ubat yang bertindak dengan mengendurkan otot-otot prostat dan leher pundi kencing dapat meningkatkan pengaliran urin dan mengurangkan penyekatan di pembukaan pundi kencing. Ubat-ubatan ini tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai alpha blockers.
Rawatan bukan pembedahan
Bukan semua pesakit boleh dirawat secara berkesan dengan ubat-ubatan. Pada tahun kebelakangan ini, terdapat perkembangan beberapa prosedur yang dapat melegakan simptom pembengkakan prostat yang kurang invasive berbanding dengan pembedahan. Ini termasuklah:
  1. Transurethral Microwave thermotherapy hermotherapy 
    Satu alat yang menggunakan mikrowave yang dikawal oleh komputer dimasukkan melalui tiub untuk memanaskan dan memusnahkan bahagian tertentu tisu prostat. Satu sistem penyejukan melindungi saluran kencing semasa prosedur ini.
  1. Transurethral Needle Ablation 
    Menghasilkan tenaga pemancaran yang rendah melalui jarum berkembar untuk membakar bahagian prostat yang membengkak. Penghalang (shields) melindungi saluran kencing daripada kepanasan.
Rawatan Pembedahan
Pembedahan melibatkan pembuangan bahagian kelenjar prostat yang membengkak dan ini akan melegakan penyumbatan dan membolehkan pengosongan pundi kencing sepenuhnya. Ia adalah penyelesaian yang terbaik untuk jangka panjang bagi pesakit dengan pembengkakan prostat. Ini termasuklah:
  1. Pembedahan (TURP)
    Digunakan dalam 90% daripada semua pembedahan prostat dan tidak memerlukan turisan (incision) dari luar. Selepas dibius, pakar bedah memasukkan tiub melalui salur kencing di zakar untuk sampai ke kelenjar prostat. Pakar bedah menggunakan gelung wayar untuk membuang tisu yang menyebabkan penyumbatan secara sedikit demi sedikit. Prosedur ini kurang mencederakan dan tempoh pemulihan adalah lebih pendek.
  1. Pembedahan terbuka
    Dalam segelintir pesakit di mana prosedur melalui salur kencing tidak dapat dilakukan, pembedahan terbuka yang memerlukan turisan dari luar boleh digunakan. Pembedahan terbuka biasa digunakan bila kelenjar terlalu besar, terdapat komplikasi lain atau bila pundi kencing perlu diperbaiki.
  1. Pembedahan Laser
    Satu prosedur pembedahan menggunakan fiber laser untuk menyejatkan dan mengecutkan tisu prostat yang menyebabkan penyumbatan. Satu kelebihan pembedahan laser berbanding dengan TURP adalah ia menyebabkan kurang kehilangan darah.
Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk pulih sepenuhnya. Semasa tempoh pemulihan, berikut adalah sebahagian daripada komplikasi yang boleh berlaku:
  1. Masalah Kencing 
    Aliran kencing menjadi lebih laju sebaik selepas pembedahan, tetapi ia mungkin mengambil masa seketika sebelum kembali kepada aliran biasa.
  1. Ketidakupayaan mengawal kencing (Inkontinen)
    Bila pundi kencing kembali normal, mungkin terdapat masalah sementara untuk mengawal kencing walaupun inkontinen jangka panjang jarang berlaku.
  1. Pendarahan 
    Dalam beberapa minggu yang awal selepas pembedahan melalui saluran kencing, kuping (scab) yang terdapat di dalam pundi kencing menjadi longgar dan pendarahan dalam air kencing mungkin timbul semula.
  1. Fungsi Seks Selepas Pembedahan 
    Ia mengambil masa untuk fungsi seks kembali sepenuhnya. Tetapi kebanyakan lelaki akan dapat menikmati perhubungan seks semula dalam masa setahun. Aspek-aspek perubahan fungsi seks adalah seperti berikut:
  • Ereksi 
    Pembedahan jarang menyebabkan mati pucuk. Walau bagaimanapun pembedahan biasanya tidak boleh mengembalikan masalah mati pucuk yang telah berlaku sebelumnya
  • Ejakulasi 
    Walaupun kebanyakan lelaki boleh terus mengalami ereksi selepas pembedahan, pembuangan kelenjar prostat biasanya akan menyebabkan mereka mandul, akibat keadaan yang dipanggil ejakulasi ke belakang (retrograde ejaculation). Semasa aktiviti seksual, sperma daripada testis masuk ke salur kencing melalui satu pembukaan yang dekat dengan pundi kencing. Biasanya satu otot menghalang kemasukan air mani ke pundi kencing dan ia dikeluarkan melalui zakar. Selepas pembedahan, air mani mengambil jalan yang kurang rintangan dan masuk ke pembukaan yang lebih besar ke dalam pundi kencing daripada dikeluarkan melalui zakar. Kemudian ia dikeluarkan bersama air kencing
  • Orgasma 
    Kebanyakan lelaki mendapati sedikit atau tiada perbezaan dalam sensasi orgasma sebelum dan selepas pembedahan. Ia mengambil masa untuk membiasakan diri dengan keadaan ejakulasi ke belakang, pesakit sepatutnya akan dapat menikmati seks seperti sediakala. Memahami prosedur pembedahan dan perbincangan tentang sebarang kebimbangan dengan doktor sebelum pembedahan biasanya membantu lelaki kembali semula kepada fungsi seks lebih awal. Kebanyakan lelaki juga mendapati berguna untuk berbincang dengan kaunselor selepas pembedahan.

  • Shaklee mempunyai pelbagai vitamin untuk mencegah dari berlakunya pembengkakan prostat dan pembengkakan yang lebih teruk. Ianya boleh dicegah dengan mengamalkan vitamin GLA COMPLEX, ZINC COMPLEX dan VITA-E COMPLEX SHAKLEE.






GLA COMPLEX SHAKLEE
  • ianya membaiki prostatomegaly iaitu masalah prostat lelaki dan kerap kencing. Ia juga membantu mengawal selia hormon lelaki kerana prostat juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon


  VITA-E COMPLEX SHAKLEE
  • Ianya satu sumber antioksidan yg mampu melawan radikal bebas yg berpotensi menyebabkan pembengkakan pada kelenjar prostat (antikanser)


ZINC COMPLEX SHAKLEE 
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.







HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506