Tuesday, November 11, 2014

[ BANTUAN AWAL BAYI ATAU KANAK-KANAK TERCEKIK]

BAYI TERSEDAK

BAYI TERSEDAK

Kes tersedak susu atau tercekik makanan sering berlaku sekarang hingga membawa kepada kematian.

Ambil langkah-langkah berikut jika anak anda tersedak atau tercekik :

● Jangan panik!
● Tunggu sehingga mangsa batuk.
● Minta bantuan.
● Buka mulut anak anda perlahan-lahan - keluarkan objek jika jelas kelihatan.
● Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
** Cara: Terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti gambarajah di bawah.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.

Bagaimana Caranya Melakukan CPR?

Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.




Bonda Sha
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 853871
Contact No.: 012 - 338 5506

Amalan Ibu Mengandung Yang Boleh Mengelakkan JAUNDIS | PUNCA JAUNDIS ??

amalan ibu mengandung

Amalan Ibu Mengandung Yang Boleh Mengelakkan JAUNDICE :

1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.
》》》pastikan ia adalah madu lebah asli

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.
》》》 milkgoodness- susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu

3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari.
》》》pati delima juga terdapat dalam bentuk yang sudah diproses

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan.
》》》 3 biji buah kurma dapat mengeyangkan perut sehingga waktu tengahari

5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.
》》》air kelapa lebih mujarab jika tak letak gula

6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.
》》》mengusap perut isteri oleh suami amat digalakkan

***Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung.

Apakah Punca Jaundis?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

 Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 


amalan ibu mengandung


Adakah jaundis berbahaya?

Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 


Semoga bermanfaat!

DAPATKAN HARGA PROMOSI DAN ISTIMEWA DARIPADA SHA
Hubungi saya SMS/WHATSAPP :012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 



Bonda Sha
Shaklee Independent Distributor
ID No.: 853871
Contact No.: 012 - 338 5506

APAKAH DHA??? KEPENTINGAN DHA UNTUK KANAK-KANAK

vitamin kanak kanak


Tahukah Anda?
WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. 

Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

************************

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak.


Apakah itu DHA?



DHA atau dokosaheksaenoik acid ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dari dalam rahim ibu.! 

Semasa hamil, bayi di dalam rahim memperolehi DHA daripada ibunya. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHAyang diambil oleh ibunya. 

Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra lahir yang mereka ambil. 

vitamin kanak-kanak

Apa Kepentingan DHA untuk kanak-kanak?

  • DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
  • DHA penting untuk perkembangan otak 
  • DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
  • Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.
  • Kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.
  • DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetycholine dan membantu sel otak berhubung.
vitamin kanak-kanak


  HARGA PASARAN OMEGA GUARD SHAKLEE  >>> RM 136.00
                                                                   >>> 90 BIJI <<<

    PENGEPOSAN SEMENANJUNG                                 >>> RM 10
      PENGEPOSAN SABAH/SARAWAK                             >>> RM 20

      DAPATKAN HARGA PROMOSI DAN ISTIMEWA DARIPADA SHA
      Hubungi saya SMS/WHATSAPP :012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 



      Bonda Sha
      Shaklee Independent Distributor
      ID No.: 853871
      Contact No.: 012 - 338 5506