Showing posts with label Himpunan Doa dan Zikir. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Doa dan Zikir. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

ADAB-ADAB BERZIKIR

Pengertian Zikir: Zikir bermaksud mengingati Allah dengan lidah, hati dan 
perbuatan membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan sebagainya.

Antara kalimah zikir: 

  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • La illa haillallah 
  • Allahu Akbar
Zikir hendaklah diamalkan oleh setiap orang Islam dalam semua keadaan 
supaya tidak lalai daripada mengingati Allah.  

Adab berzikir:
  • Menyebut lafaz zikir dengan betul
  • Memahami makna setiap lafaz zikir.
  • Berzikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah.
  • Memperbanyakkan zikir dalam keadaan susah
  • Tidak berzikir semasa qada' hajat (kencing+berak)
Sebab perlu beradab ketika berzikir
  • Tak menganggu ketenteraman orang lain.
  • Lebih berdisiplin ketika beribadat.
  • Selaras dengan tuntutan sunnah.
  • Zikir lebih diterima dan termakbul.
  • Dapat mencapai kesempurnaan dalam ibadat.
Kerugian orang yang tidak berzikir.
  • Mudah terpedaya dengan godaan syaitan.
  • Senang terdorong melakukan perkara maksiat dan kejahatan.
  • Jiwa sentiasa dalam keadaan resah dan gelisah.
  • Tidak dikasihi oleh Allah dan tergolong dalam golongan orang yang rugi.
  • Tidak mendapat petunjuk dari Allah.
  • Hati semakin jauh dan lalai daripada mengingati Allah

KELAZATAN BERZIKIR

Menghidupkan Hati dengan (Zikir) dan Harapan rahmat dari Allah.

Hati merupakan tempat pandangan Allah di dalam diri kita. Kita hidup di sisi Allah apabila kita berzikir. Sesiapa yang mengigat Allah di dalam khalayak ramai, Allah akan mengigatinya pada majlis yang lebih mulia (majlis para Malaikat). 

Zikir diertikan pada apa-apa amalan yang boleh mengigatkan hati kita kepada Allah. Zikir boleh menghidupkan hati yang telah mati, hati yag telah mati akibat perbuatan dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar mahupun tidak. Dosa menumpuk di dalam hati kita umpama titik-titik hitam, apabila sudah penuh, sukar untuk nur menembusi hati yang telah diselaputi oleh dosa.

Zikir menjadi pencuci bagi hati. Sesiapa yang mengamalkan zikir di dalam kehidupan sehariannya akan merasa tenang. Sukar untuk mengambarkan ketenangan dan kelazatan orang yang berzikir dengan menggunakan perkataan. ianya perlu dirasai sendiri oleh individu. Umpama 2 orang manusia, seorang pernah memakan madu, dan dia merasakan madu tersebut manis dan sedap, berbeza pula dengan seorang yang hanya pernah mendengar kelazatan madu tetapi dalam sepanjang hidupnya tidak pernah merasakan madu. orang yang pertama akan mengatakan madu itu lazat, dengan pengalaman nya merasa madu, tetapi manusia yang kedua juga akan mengatakan madu itu lazat tetapi tidak secara tidak yakin madu itu lazat. dia perlu sendiri yang merasakan madu.

Orang yang berbahagia adalah orang yang tidak pernah putus berhubungan dengan Allah. Sesiapa yang mengigati Allah pada waktu yang senang Allah, akan mengigatinya pada waktu yang sukar. Ujian nikmat yang diberikan kepada manusia, menyebabkan ramai yang menjadi lalai dan tenggelam dalam nikmat. Ramai manusia yang menjadi engkar akibat ujian kesenangan. Berbeza dengan manusia yang diuji dengan kesusahan, mereka ini kebanyakannya menjadi dekat kepada Allah. Sebab inilah amalan zikir dianjurkan untuk melatih diri kita untuk senantiasa berdampingan dengan Allah.  Termasuklah diri ini yang sedang diuji dengan kesenangan, terasa diriku semakin menjauh dari Allah. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa dan kelalaianku sepanjang aku berumur 22 tahun ini. 

 Sinar Harapan Bagi yang berputus asa.Allah, memmpunyai sifat Maha Pengampun dan Maha penerima Taubat bagi hamba-hambanya yang bertaubat. Allah sangat suka kepada hambanya yang senantiasa bertaubat. Jikalau, setiap orang kafir yakin dengan sifat Maha Pengampun Allah, maka tidak ada orang kafir yang akan masuk ke dalam neraka. Allah menciptakan pintu syurga ada 8, dan pintu neraka ada 7, kerana Rahmat Allah mendahului kemurkaan Allah.

Allah Ta'ala berfirman :"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaul batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Az-Zumar: 53),

Daripada Anas r.a mengkhabarkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, bahwa Allah telah berfirman maksudnya,

Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan mengharap kepadaku, aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak aku hiraukan betapa banyaknya .

Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak kelangit, kemudian engaku meminta ampun kepada Ku aku ampunkan bagimu  dan tiadak aku hiraukan betapa banyaknya.

Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan aku dengan sesuatu pun  nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.

ZIKIR PEMBUKA REZEKI


Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Thursday, September 18, 2014

Kelebihan Ayat Kursi

KELEBIHAN AYAT KURSI


Maksud ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Pengertian Zikir Munajat

PENGERTIAN  ZIKIR  MUNAJAT



Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. 
Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. 
Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa 
dan hamba bertaubat kepada 
Engkau Ya Allah



Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, 
tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. 
Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar

 


 Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia.
 Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada 
 Allah, nur Muhammad S.A.W




 Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah

 


 Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. 
Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). 
Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai

 


 Hamba memohon keampunan kepada-Mu Ya Allah, 
sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat



 Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah ,
 Muhammad Pesuruh Allah




Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah



Ya Allah yang Maha Pelembut  



Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. 
Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui 



Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah


 
 Kami memohon taubat kepada-Mu Ya Allah 
 Kami kembali kepada-Mu Ya Allah 
 Kami menyesal Ya Allah





Kami memohon taubat kepada-Mu Ya Allah 
 Kami kembali kepada-Mu Ya Allah 
 Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan 
maksiat yang pernah kami lakukan 





Allah- Allah-Allah-Allah Ya Allah, Allah Ya Allah
- Allah Ya Allah- Allah Ya Allah, Allah-Allah-Allah- Ya Allah,
 Allah-Allah-Allah Ya Allah, Allah Ya Allah-Allah Ya Allah-Allah Ya Allah.

Membuka Pintu Rezeki

Membuka pintu rezeki

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada ALLAH tapi mengapa tidak dekatkan diri dengan-NYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..

1. Banyakkan Beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepada kaumku” Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri:

“BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir ( kata ganti nama) huwa (hu) kepada dhomir hiya (ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa (dia lk) atau hiya (dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya ALLAH, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a ALLAH telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi ALLAH, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya.ALLAH rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4. Ayat Seribu Dinar

Ayat seribu Dinar

Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada ALLAH,  nescaya ALLAH akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya ALLAH elah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

P\S: Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada ALLAH..

5. Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin ALLAH tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana ALLAH (ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. ALLAH melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan ALLAH Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

6. Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan ALLAH membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibu bapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”

17:24: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.

Disebutkan di dalam Hadis:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (ALLAH ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan ALLAH.

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya : ”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya.

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah Al Waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya (Lebai Din) mewajibkan anak-anakya menghafaz dan mengamalkan surah Al Waqi’ah ebagai ikhtiar murah rezeki.

Kata Dr Haron Din:

“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah Al Waqi’ah..Kami baca surah Al Waqi’ah pada tiap-tiap malam Jumaat dan ayah akan mengapalai membaca Al Waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah Al Waqi’ah, dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kepada kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan Al Waqi’ah dan saya tak tinggal Waqi’ah, dalam kereta, atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal Waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca Al Waqi’ah .Kena yakin bahawa Al Waqi’ah enjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:

1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada ALLAH  supaya dengan ikhtiyar ini ALLAH elimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH..Bila kita bertakwa pasti ALLAH memelihara rezeki kita. Bila kita buntu pasti ALLAH akan memberi jalan keluarnya dan ALLAH akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

Wallahua'lam