Showing posts with label Resepi Masakan Bonda. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Bonda. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

DONUT HOMEMADE....MELELEH...

Percubaan ke2 buat donut..alhamdulillah anak-anak suka..

DONUT BONDA SHA


Bahan-bahan:
4 cawan tepung
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 cawan air suam
11g (1 paket) yis kering
2 sudu gula kasar
Gula kastor untuk salut donut

Cara-cara:* masuk yis n gula ke dalam air suam,kacau sebati dan biarkan berbuih kembang selama 10minit

* sementara tunggu yis kembang, di dalam bekas lain, campurkan tepung + mentega + garam + susu dan kacau sebati

* masukkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam tepung dan uli sebati

* buat bentuk kawah di tengah tepung dan masukkan air yis dan uli sebati hingga tepung tidak melekat pada tangan dan bekas

* tutup bekas tepung dengan kain, masukkan dalam petu sejuk dan biarkan tepung kembang 2 kali ganda lebih kurang 40minit

* setelah tepung kembang,tumbuk-tumbuk untuk keluarkan air dan uli lagi

* bentukkan tepung menjadi donut dan biarkan ia kembang selama 10 minit

* goreng donut pada api sederhana

* salutkan donut dengan gula kastor

* siap untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, September 25, 2014

RESEPI SARDIN ROLL

Mak n kakak datang semalam, hidangkan sardin roll ni..
Sardin Roll
Bahan-bahan:
{A}
1 tin sardin
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji cili hidup (hiris nipis)
1 sudu besar thyme
1 sudu besar oregano
3 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Garam
{B}
Roti keping/potong
3 biji telur yg dipukul
1/2 cawan minyak
Cara-cara:
* panaskan dan tumis bawang hingga layu
* masukkan cili hidup dan sardin
* hancurkan sardin, masukkan oregano dan thyme
* gaul hingga masak dan masukkan air
* setelah masak,masukkan garam secukup rasa
* sedia untuk diletakkan dalam roti
* masukkan sedikit dalam roti
* gulung roti tersebut dan salutkan dengan telur
* goreng dalam minyak panas hingga keemasan
* siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!
SHAKLEE BONDA SHA

SHAKLEE BONDA SHA


Tuesday, September 23, 2014

RESEPI PENCICAH KEROPOK

facebook BondaSha
Alas perut malam ni..nasi goreng + kepok keping + cuka kepok.
Cuka kepok (pencicah)
Bahan-bahan:
3 sudu besar asam jawa
6 sudu besar cili kisar
7 sudu besar gulu / 1 keping nisan
2 sudu besar cuka masakan
4 cawan air
1 sudu besar kicap (jika guna gula)
Cara-cara:
* didihkan semua bahan hingga warna bertukar merah gelap dan pekat
* siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!
SHAKLEE BONDA SHA



SHAKLEE BONDA SHA

Monday, September 22, 2014

RESEPI SAMBAL UDANG

Lunch hari ni..
Sambal Udang
Bahan-bahan:
Udang (dibuang kulit kepala dan kulit)
1 biji tomato
3 sudu cili kisar
1 biji bawang besar (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tiram
2 sudu besar gula / 1 keping nisan
1 biji limau kasturi / 1 sudu teh sunquick
1 cawan air
Minyak
Cara-cara:
* panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
* masukkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak
* masuk air, gula / nisan, sos cili, sos tomato, sos tiram
* setelah mendidih, masukkan udang hingga masak
* akhir sekali masukkan tomato dan perahan limau kasturi / sunquick
* gaul sebati hingga udang benar-benar masak
* sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!


SHAKLEE VITAMIN BONDA SHA


SHAKLEE VITAMIN BONDA SHA

RESEPI IKAN MASAK PINDANG

Ikan Masak Pindang
Bahan-bahan:
Ikan (bawal / parang / tenggiri / kembong / mambong)
1 sudu besar belacan
2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai (diketuk)
3 biji cili merah (potong tengah)
Asam jawa
Minyak
Garam
Cara-cara:
* tumbuk kunyit hidup hingga lumat
* masukkan belacan dan tumbuk sebati
* masukkan bawang merah dan tumbuk separuh lumat
* masukkan bawang putih
* pamaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau/pecah minyak/garing
* masukkan air asam jawa, serai dan cili merah
* setelah mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa
* kacau sehingga ikan masak
* sedia untuk di hidang
SELAMAT MENCUBA!!!




RESEPI BEGEDIL DAGING

Begedil Daging
Bahan-bahan:
1 keping daging kisar Ramly (rebus separuh masak)
1 biji bawang besar (kacip)
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)
2 biji kentang (direbus dan dilenyek)
Daun sup (kacip)
2 sudu tepung jagung
1 biji telur (pukul)
Garam
Minyak
Cara-cara:
* gaul daging kisar,kentang,bawang besar,lada hitam,daun sup dan tepung jagung hingga sebati
* bulat dan leperkan satu per satu
* salutkan ia dengan telur dan goreng dalam minyak yang panas
* goreng hingga kekuningan satu per satu
* siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI CENCARU SUMBAT

Ikan Cencaru Sumbat
Bahan-bahan:
Ikan cencaru
5 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 sudu cili kisar
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 batang serai
Minyak
Cara-cara:
* belah ikan cencaru di bahagian tengah untuk sumbat
* tumbuk lumat serai
* masukkan bawang putih dan tumbuk separa lumat
* masukkan belacan, cili kisar, serbuk kunyit dan garam
* kacau rata dan sumbatkan di bahagian tengah ikan
* panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing
* sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!




Thursday, September 18, 2014

Masak Pindang




Rezeki hari ni..ikan goreng, ikan masak pindang n begedil daging.
Ikan Masak Pindang
Bahan-bahan:
Ikan (bawal / parang / tenggiri / kembong / mambong)
1 sudu besar belacan
2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai (diketuk)
3 biji cili merah (potong tengah)
Asam jawa
Minyak
Garam
Cara-cara:
* tumbuk kunyit hidup hingga lumat
* masukkan belacan dan tumbuk sebati
* masukkan bawang merah dan tumbuk separuh lumat
* masukkan bawang putih
* pamaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau/pecah minyak/garing
* masukkan air asam jawa, serai dan cili merah
* setelah mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa
* kacau sehingga ikan masak
* sedia untuk di hidang
SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, September 16, 2014

Resepi Pizza

Homemade Pizza
Bahan-bahan (doh):
* 4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan minyak sayuran
* 1 1/2 air suam
* 2 sudu teh yis
* 3 sudu teh mentega
* secubit gula
(Topping):
* Puri tomato
* Sos cili
* Daging kisar (tumis bersama bawang)
* Cendawan butang
* Nenas
* Cili benggala
* Parmesan
* Cheese pizza
Cara-cara:
* campurkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau hingga sebati. Ketepikan
* masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat bentuk kawah dan masukkan semua bahan-bahan doh. Uli hingga sebati.
* biarkan doh kembang 2x ganda selama 30min dengan menutup bekas penguli
* bila doh telah kembang, tumbuk doh untuk buang angin dan uli sekali lagi
* bentukkan doh menjadi roti pizza pada tutup periuk
* sapukan puri tomato di seluruh permukaan atas doh
* tabur daging yang telah ditumis bersama bawang
* tabur cendawan butang, nenas, cili benggala dan pelbagai topping yang diingini
* akhir sekali tuang sedikit sos cili, taburkan parmesan dan cheese pizza
* bakar di dalan oven pada suhu 150°c selama 20minit
* siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA

Resepi Chocolate Moist Cake

Homemade Chocolate Moist Cake
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
Topping:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh minyak
* double boil
Cara-cara:
* didihkan air kukusan
* tutup penutup periuk kukus dengan kain bagi elakkan wap menitis ke dalam kek
* mix atau blend semua bahan sehingga sebati
* tapiskan bancuhan ke dalam loyang
* masukkan loyang dalam pengukus
* kukus selama 45 minit dengan api sederhana
* setelah masak, tunggu sejuk sedikit kemudian keluarkan
* sapu topping dan taburkan chocolate rice
* sedia untuk dihidang
===================================
SELAMAT MENCUBA!!

Resepi Bihun Rebus / Mee Hoon Rebus

Homemade Bihun Rebus
Bahan-bahan:
1 paket bihun (rendam dalam air suam hingga lembut)
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 sudu teh lada hitam
5 biji cili api
Udang (dibuang kulit)
Sawi (potong kasar)
Lobak (potong kasar)
Tomato (potong kasar)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
* kisar/tumbuk bawang besar, bawang putih dan lada hitam hingga lumat
* panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga naik bau
* masukkan air, sos tiram dan tepung jagung
* tunggu sehingga mendidih dan masukkan lobak
* tunggu hingga lobak empuk dan masuk udang,sawi dan tomato
* masukkan garam dan gul secukup rasa
* siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!

Resepi Ais Krim

Homemade Ice Cream
Bahan-bahan:
2 cawan susu segar
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallete
Pewarna
Perasa
Cara-cara:
* pukul susu segar, susu pekat dan ovallete di dalam mixer selama 15minit
* bahagikan kepada beberapa bahagian ke dalam mangkuk berlainan
* gaul menggunakan sudu sehingga sebati
* campurkan pewarna dan perasa mengikut citarasa
* tuangkan ke dalam bekas mengikut corak sendiri
* tutup bekas dan sejuk bekukan selama 4jam
* sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!



Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Telur Itik Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
5 biji telur itik
1-2 cawan santan pekat
Kunyit hidup (tumbuk halus) @ serbuk kunyit
7-15 biji cili api (tumbuk halus)
2 biji bawang putih (diketuk)
Sedikit ikan bilis
Asam keping
Daun kunyit
Cara-cara:
* masukkan santan pekat, air, kunyit, cili api,bawang putih dan ikan bilis
* masak di atas api yang sederhana
* sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul
* setelah mendidih, masukkan asam keping dan pecahkan telur 1 per 1 hingga masak (1 biji telah masak baru masukkan yang lain)
* masukkan daun kunyit
* masukkan garam dan gula secukup rasa
* sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!

Resepi Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah
Bahan-bahan:
Mee 1 bungkus (basuh dengan air panas)
6 biji bawang putih (tumbuk)
5 sudu cili kisar
Ayam (potong kecil)
Sotong (hiris kecil)
Sawi
Lobak merah
1 cawan sos cili
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Air 2-3cawan
3 sudu vesar minyak masak
Cara-cara:
* panaskan minyak masak
* tumis bawang putih hingga kekuningan
* masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
* masukkan ayam dan sotong hingga masak
* masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap
* kacau sebati dan masukkan air
* masukkan lobak dan sawi
* setelah masak, masukkan mee
* gaul sebati hingga masak
* sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!

Resepi Puding Roti

Puding Roti
Bahan-bahan:
6 keping roti
4 sudu besar mentega
2 cawan susu segar
3/4 gula castor
4 biji telur
Kismis / lobak kacip
Cara-cara:
* koyakkan roti dan susun ke dalam bekas
* cairkan mentega dan tuang ke atas roti
* ambil bekas lain - gaul/kacau sebati telur, susu dan gula castor
* tuangkan ke dalam bekas roti
* taburkan kismis/lobak kacip
* padatkan roti
* bakar di dalam oven pada suhu 175°c selama 35minit
* siap untuk dihidang bersama ice cream
SELAMAT MENCUBA!!!

Resepi Cekodok bilis / jeput bilis

Berpeluh layankan raja dan putera-putera hati tengah malam ni..
Jemput-jemput Bilis
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 bawang besar
1 biji telur
1 genggam ikan bilis
Garam
Gula
Minyak masak
Cara-cara:
* campurkan tepung gandum, garam dan gula di dalam bekas. Gaul sebati.
* masukkan air dan telur. Gaul sebati.
* masukkan bawang dan ikan bilis. Gaul sebati.
* panaskan minyak di dalam kuali.
* goreng hingga kekuningan
* siap untuk dihidang bersama Tamar Cocoa
SELAMAT MENCUBA!!!


Resepi Masakan Sotong Madu

RESEPI MASAKAN SOTONG MADU...
Lewat masak hari ni..sotong madu + sawi goreng ..alhamdulillah.
Sotong Madu
Bahan-bahan:
{A}
1kg sotong
5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 inci halia (tumbuk lumat)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak
{B}
1 biji bawang besar (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
4 sudu besar madu
1 sudu besar kicap pekat manis
2 biji cili merah
1 biji tomato
Cara-cara:
* gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10minit
* setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
* tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng td hingga naik bau
* masukkan madu dan kicap
* goreng hingga pecah minyak
* masukkan cili merah dan tomato
* masukkan sotong yang digoreng tadi
* gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
* sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!!!