Showing posts with label Sunnah Rasullullah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Rasullullah. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

MADU PEMAKANAN SUNNAH RASULLULLAH SAW

madu sider


Maklumat tentang madu di Makkah
madu sider adalah madu yang paling popular di Makkah...
Tahukan anda madu sider ada 4 jenis:

1.madu sider kashmeiriy
2.madu sider beshawiriy
3.madu sider hadhramiy
4.madu sider du'aniy

MADU SIDER


Madu sider kashmeiry dan besyawiriy ini madu dari pakistan,bukannya yaman.
Harga madu ini lebih kurang sar30 hingga sar100 perkilo gram...
Tetapi sesetengah kedai madu menjualnya sampai sar300 perkilo kerana kejahilan pembeli.
Madu sider hadhrami dan du'ani pula dari yaman iaitu sempena nama tempat tersebut di yaman.
Harga madu ini antara sar200 hingga sar400.bergantung pada gred madu tetsebut.
2.madu kedua ialah madu bunga biasa dan ada beberapa jenis.
1.madu bunga dari yaman yang warnanya agak cerah..rasanya hampir sama dengan sider.dapat dibezakan oleh orang yang biasa makan madu...hinggakan ada penjual yang dakwa ia madu sider sari yaman sedangkan ia bukan dari debunga sider.
Harga madu ini sar50 hingga sar100.
2.madu bunga dari pakistan dengan warnanya kekuningan tapi rasa terlalu manis dan tak sedap.
Harganya sar20 hingga sar50 perkilo
3.madu yang dibawa balik pasti pingan mangkuk periuk kuali akan terbang kerana keasliannya...
Harga bergantung pada kualiti umur,tempat asal,dan kecantikannya...
Selamat mencari madu.

Friday, September 26, 2014

Saturday, September 20, 2014

7 SUNNAH RASULLULLAH YANG PERLU DIIKUTI DAN DIAMALKAN

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

GARAM PEMAKANAN SUNNAH RASULLULLAH SAW

GARAM adalah sejenis ramuan yang sering digunakan pada makanan mentah mahupun yang telah 

dimasak. Pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, namun ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi sebahagian penyakit.

“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.

Nabi s.a.w turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.

Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”

Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”

Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.

Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”

Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Sekiranya anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja . Garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.

Namun demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.

Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain yang boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit.

Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya pula rendah. Perbezaan ini boleh dilihat dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asalnya.

Amalan mengambil secubit garam gurun (garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.

Spekulasi yang mengatakan bahawa garam menjadi punca darah tinggi adalah salah. Punca darah tinggi terjadi disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika memasak. Kebanyakan orang akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai dan sebagainya ketika memasak, sedangkan cara yang betul adalah dengan membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api, kemudian barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.

Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam dipanaskan maka sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah ‘klorida (CL) berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif, kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.

Jika klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon dioksida di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.

Selain itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur. Jadi, inilah penyebab kepada jin atau syaitan takut dengan garam.

Disebabkan itu juga, garam digunakan untuk menghalau jin, syaitan dan sewaktu dengannya.
Berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi, menjelaskan bahawa garam suatu unsur yang dianugerahkan oleh Allah demi kebaikan untuk kegunaan manusia, malah mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan. Tanpa garam sudah tentu setiap masakan atau lauk pastinya tidak sedap dan terasa tawar. Sebab itulah garam dikatakan ‘penghulu segala lauk’.

>> Penulis adalah siswi Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, USIM 

Friday, September 19, 2014

Let’s follow the sunnah – Eating habits of Rasulullah SAW

Rasulullah SAW was the greatest man that has ever lived. As a Muslim, it is a bonus for us to follow his deeds even in the simplest things . That is why we should strive to follow his sunnah in everything that we do including his eating principles . Although he only lived to the age of 63, he was never reported to have experienced any cases of stomach ache or any severe illness. This greatness can only be achieved by acknowledging the fact that our beloved Rasulullah SAW was a good dietitian himself! 
Let’s take a look at some of his many great eating habits:
1) Muhammad SAW did not eat preserved or raw food. With the hectic lifestyle that we are having now, we always resort to canned, preserved or fast food. The logical reason behind this is that canned or preserved food contains extra chemicals and unnecessary salt. Raw food on the other hand contains germs and bacteria that might be carriers of fatal viruses. The only food that are allowed to be consumed raw in the shareeah are fish and grasshoppers.
2) Our prophet never eats more than two dishes in a meal. He was not fond of eating too many mixed dishes and strongly bans eating food that originated from land and sea in the same plate. We should avoid providing guests with these meals. Furthermore, this is a  good way in order not to waste any food.
3) Muhammad SAW eats using his fingers and licks his fingers after meals. A new scientific research has proofed that our hands (especially the right hand) has enzymes that is also found in our saliva. In simpler words, the digestion process actually begins in our fingers as they break down the food that we eat. A simple showcase of this phenomenon is to dip our hands in a bow of water. Then put inside some fresh vegetables. Compare the vegetables in this bowl and another one that has been put in fresh water. You’ll notice that the vegetables in the water dipped with your hands wilts faster than the other one.
4) The Prophet told us not to cool hot meals by blowing on it. There is actually a hadeeth regarding this matter. The solid reason is that when we blow on our meals, the carbon dioxide from our breath fuses with water vapour created by the hot meal. This creates a carbon dioxide droplets that are heavy enough and will drop and enter into our food. This is actually a good way for us to teach ourselves to be patient.
5) The Prophet prohibits us from eating food that is covered with dirt. In a hadeeth, it is mentioned that if our food falls to the ground, we need to immediately pick them up and dust away the dirt on the food. Then we can continue to eat it. Shaytan will immediately eat the food. We surely don’t want to share part of the food with the devil don’t we?
6) Muhammad SAW mentioned that “the worst parts that you can eat from an animal are its head and stomach”. This is of course related to the animal’s anatomy. Mammals and most other animals will discrete toxins in their liver and stomach just like us. Therefore, preventing ourselves from eating internal organs is still the best solution
7) The holy Prophet prohibits us from leaning against something while eating. This he said, was a bad habit from the Roman emperors. This is just as bad as lying while eating and will cause disturbance to the digestion process.
8) Walk after you eat! In a famous Hadeeth, Rasulullah mentioned “Don’t sleep on your food”. This saying is interpreted as not to sleep after we eat. Walking after eating helps the digestion process. With a minimum of 40 steps, we should feel better in the stomach area (after a burp or two. Yikes!)
There you go. 8 easy deeds did by the holy Prophet. Lets practice his good eating habits and obtain reward from our Lord for following his Sunnah.

39 AMALAN SUNNAH RASULLULAH SAW

:::39 amalan sunnah Rasullulah :::


1. MINUM TANGAN KANAN


Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (HR Muslim no. 3763, adab makan & minum)



2. SESAAT DI JALAN ALLAH

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

Dari Abu Hurayrah," Berdiri sesaat di jalan Allah (jihad) adalah lebih baik dari melakukan qiyam Ramadhan pada malam lailatul Qadar di sisi hajar." HR Ibn Hibban dan al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani. Tambahan "walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" adalah tambahan yg tak ada asal usyulnya.


Sunnah no 2 ini mengelirukan sebab kesemuanya sunnah, berjihad fi sabilillah, mencari malam Qadar dan juga tawaf di Kaabah. cuma yang lebih tinggi sunnahnya ialah berjihad dalam perang sabil.


3. LANGKAH KANAN

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

4. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan dengan tiga jari, dan beliau menjilatinya sebelum mencuci tangannya." HR Muslim, no. 3790

Kata Ibn Othaimeen, ulamak besar Unaizah KSA, sunnah makan 3 hari utk makanan orang arab, spt roti dan korma kerana supaya tidak menampakkan gelojohatau rakus dalam makan. Jika makanan itu memerlukan lima jari, spt nasi bagi sesetengah kaum, maka sunnah juga makan dgn 5 jari. (syarah Riadhus solihin, jld 7)


5. JAMINAN ALLAH

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

sahih adab al-Mufrad, no 1094

"Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, yaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, siapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.”



6. GUNTING BULU

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

Dari Anas ra
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan batas waktu kepada kami untuk memendekkan kumis, potong kuku, mencabut bulu ketiak, dan cukur bulu kemaluan, agar tidak kami biarkan lebih dari 40 hari.” (HR. Ahmad, Muslim, Nasa`i, Abu Daud, dan yang lainnya).

Nabi hanya sarankan bukan ancam dengan kisah Iblis.

Tambahan Iblis akan bersarang di situ adalah tambahan Muhyidin ibn Arabi dalam kitabnya Sajaratul Kaun / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah. Ibn Taymiyah komen, ia adalah batil, tiada asalnya.


7. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

8. CARA POTONG KUKU KAKI

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

9. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis
Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud dari jalur Ummu Salamah),


Gamis ni jubah arab tu la. Ia adalah sunnah al-jibliyah atau umur al-jibliyah (sunnah atau urusan yg bersifat lokal, tabiat dan peribadi). maksud gamis dalam masyarakat Melayu adalah kemeja dan baju melayu. Cuma gamis arab ni dia satu piece bukan dua piece yg dipakai oleh melayu, Maka sunnah berpakaian yg betul dalam isu ini ialah pakaian yang menutup aurat bukan gamis arab atau jubah arab. Tutup aurat itulah yg sunnahnya. Jenis gamis tu isu no 2


10. DOA DALAM SUJUD


Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." HR Muslim, #744 (lidwa)


cara nak amalkan sunnah ini:

1. amalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi saw ketika sujud

2. tidak boleh tertinggal dari mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa. Maka yang terbaik berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.

3. doa ketika sujud ada dua jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 1:235)

11. ADAB MAKAN

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.


“Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas (HR Termidzi, Ibn Majah, Ahmad, dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 2265)

12. PAKAI MINYAK WANGI

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

"Telah dijadikan aku menyukai bagian dari dunia, yaitu menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan dijadikan sebagai qurroatu a’yun (ketenangan hati) di dalam solat" HR an-Nasa'iy, sahih menurut al-Albani.



13. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR


Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci.’” HR Ibn Hibban dalam sahihnya, dinilai sahih sanadnya oleh syaikh Syu'aib al-Arnaouth dan dinilai hasan oleh al-Albani, sahih at-targheeb, no 597


Adapun dihindari dari syaitan adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqolani dalam al-Fath, 11:110.


14. CINCIN PERAK

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

"Tatkala Nabi saw hendak menulis surat kepada (Kerajaan) Rome, maka dikatakan kepada baginda : "Sesungguhnya mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor". Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad Rasulullah" (HR Al-Bukhari no 5875)


Maka kata syaikh bin Uthaimin rh, hukum pakai cincin adalah sunah jika ada keperluan spt rubber stamp. Jika dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja. sunnah itu dinamakan sunnah al-adat. ( Ruj: http://ar.islamway.net/fatwa/9189 )

Maka tidak boleh 100% yakin bila dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin. 

15. SOLAT FARDHU DI MASJID

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

“Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (yaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya.” (HR. Muslim no. 1553)

16. PAKAI CELAK

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. elak yang paling baik bagi kalian adalah istmid, ia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Abu Daud no.3380 dan 3539, Ibnu Majah no. 3488, Ahmad no. 2109)



17. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

Shalat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh derajat daripada shalat sendirian.” (HR. Al-Bukhari no. 131 dan Muslim no. 650)


18. MENGUAP

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

Bila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya karena sesungguhnya setan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)

19. MENYIMPAN JANGGUT


Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,

“Ada sepuluh macam fitroh, yaitu memendekkan kumis, memelihara jenggot, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ dengan air.” (HR. Muslim no. 627)


20. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

Dari Ibnu ‘Umar ra yang mengatakan,

“Aku pernah menaiki rumah Hafshoh (umul mukminin) karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah saw buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (HR. Bukhari no. 148, 3102 dan Muslim no. 266).

21. WARNA PAKAIAN RASULULLAH

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

"Pakailah pakaian-pakaian kalian yang berwarna putih, sesungguhnya itu merupakan pakaian kalian yang terbaik, dan hendaknya kalian mengkafani mayat-mayat kalian dengan kain putih" (HR Abu Dawud, Termizi, ibn Majah, Ahmad, al-Albani kata sahih dalam Jilbab al-Mar'ah, ms 82)




22. POSISI TIDUR

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.


“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)



23. TIDUR SEBELUM ZOHOR

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

“Qailulah-lah kalian, sesungguhnya setan-setan itu tidak pernah istirahat siang.” (HR. Abu Nu’aim dalam Ath-Thibb), al-Albani, Ash-Shahihah no. 1637: isnadnya shahih); waktunya khilaf, ada kata sebelum zawal (masuk zuhur) dan boleh juga selepas solat zuhur.

24. PAKAIAN BERWARNA


Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

Telah mengabarkan kepadanya, dan ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash; Telah mengabarkan kepadanya, dia berkata; Rasulullah saw pernah melihat aku memakai dua potong pakaian yang dicelup ‘ushfur, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.” (HR. Muslim no. 2077)

25. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN


Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

al-Maa'un: 1-3 [“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.”]

26. HISAP AIR DALAM HIDUNG


Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

Dari Abu Hurayra ra: (sabda Nabi saw): “Apabila seorang di antara kalian bangun tidur, maka beristintsarlah tiga kali, karena sesungguhnya syaitan bermalam di ujung (rongga) hidungnya.” (Muttafaq ‘alaih) ( HR. Al-Bukhari (no. 3295) dan Muslim (no. 238))



27. LARANGAN PAKAI CINCIN

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.


"Rasulullah saw melarangku untuk memakai cincin di kedua jariku ini atau ini". Ali mengisyaratkan kepada jari tengah dan yang selanjutnya (yaitu jari telunjuk)." (HR Muslim no 2078)




adapun larangan itu dihukumkan makruh bukan haram. Ia khusus buat lelaki tidak bagi wanita, semua jari boleh (syarah sahih Muslim lil-Nawawi, jld 14)


28. BANGUN TIDUR

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

Dari Abdullah bin Abbas ra, dia berkata: “Kemudian Rasulullah SAW bangun, lalu mengusap (bekas pengaruh) tidur dari wajahnya (kedua mata), lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran”. (HR Al Bukhari : 4571 dan Muslim : 763)



29. KONGSI MAKANAN


Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

Makanlah beramai-ramai, dan bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.'- direkodkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah, hadith hasan kata al-Albani


Namun sunnah juga makan berdua, yakni dengan isteri,tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa


30. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

Ianya dinamakan solat qabliyah Zuhur 4 rakaat, dalil:

Rasulullah saw sentiasa solat 4 rakaat qabliah zuhur dan bersabda:


"Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa pada saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana." HR Ahmad, Termidzi, disahihkan oleh al-Wad'iy katanya hasan (al-Sahih al-Musnad, dorar)


31. ISTIGHFAR

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)




32. JANGAN MENCACI MAKANAN

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.


Dari ABu Hurairah, " Nabi saw tidak pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka, dia biarkan saja." Muttafaq alaih


33. APABILA BERTAMU


Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

Dari Abdullah bin Busr, beliau berkata, “Apabila Rasulullah SAW mendatangi kediaman suatu kaum, beliau tidak menghadap ke arah pintu rumah dengan wajahnya, akan tetapi beliau memalingkan wajahnya ke arah kanan atau kiri, dan berkata: “Assalamu ’alaikum, assalaamu ’alaikum”. Hal itu dikarenakan rumah kediaman di saat itu belum memiliki penghalang seperti daun pintu.” (HR. Ahmad dan Abu Daud) disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Abu Daud


34 JAWAB SALAM DALAM TANDAS


Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. 

Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz, ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla kecuali dalam keadaan suci. HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Wad'iy, al-sahih al-Musnad



35. MAKANAN PANAS


Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.


Nabi saw melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan disahihkan oleh syaikh Syuaib Al-Arnauth).


36. GILIRAN MINUM

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

Dari Anas ra: Nabi saw pernah diberi susu (kambing) yang dicampur dgn air, terdapat di sisi kanan baginda seorang Arab dusun dan di sisi kiri pula Abu Bakar. baginda lantas meminumnya dan bakinya diberikan kpd Arab Dusun dan bersabda, "passing ke kanan, kanan lagi." Muttafaq alaih


37. 3 AMAL


Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

Dari Abu Hurayra ra: Kekasihku saw berwasiat kepadaku agar berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat sunat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. Muttafaq alaih, ini HR Bukhari, no 1845 

Nota:

1. Khilaf akan wasiat nabi khusus kepada sahabat, apakah ia untuk semua atau khusus kepada sahabat. ia khusus buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat. sahabat yang lain dia melakukan amal dgn pedang dan yang lain dgn businessnya.
2. Puasa 3 hari setiap bulan boleh bermaksud mana2 tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan isnin dan khamis.

38. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur  yang dibenci Allah.

sesungguhnya tidur posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." HR Nasa'iy dan Ibn Hibban mensahihkannya


39. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya.” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).