Monday, March 19, 2012

Jadual Imunisasi Kanak-Kanak

 




Antara penyakit yang dapat di elak jika mengambil vaksinasi :
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B - penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles)– merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

No comments:

Post a Comment