PROMOSI & SENARAI HARGA SHAKLEE

Tuesday, September 30, 2014

KEGUGURAN RAMBUT | CARA MENGATASI | CARA MENCEGAH KEGUGURAN

PENJAGAAN RAMBUT


RAMBUT :
  • Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
  • Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
  • Rambut
  • dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
  • Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
  • Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
  • Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
  • Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.

PENJAGAAN RAMBUT YANG TERBAIK

  • Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
  • Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
  • Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerintingrambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimiarambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
  • Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
  • Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
  • Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
 

RAMBUT BERMASALAH :
Rambut gugur (hair loss)
  • Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
  • Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
  • Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
  • Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
  • Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
  • Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.

  • Kelemumur (dandruff)

  1. Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
  2. Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
  3. Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.


  • Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)

Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :

  • Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
  • Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
  • Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
  • Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).

Bagi mengatasi masalah ini;

  • Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
  • Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
  • Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
  • Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
  • Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
  • Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. 
sumber asal : http://www.myhealth.gov.my/

Antara lain penjagaan ialah dengan Pro Sante Shaklee, iaitu set Pro Sante Shaklee, Zinc Complex, dan ESP iaitu Energizing Soy Protien.


penjagaan rambut

Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat




penjagaan rambut

Purifying Shampoo
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

penjagaan rambut

Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi



penjagaan rambut
Revitalizing Shampoo
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut

penjagaan rambut

Long Lasting Finishing Spray
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
  • memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
penjagaan rambut

Zinc Complex

Terdapat banyak sebab-sebab mengapa kita perlu zinc shaklee dalam badan kita. Sebab-sebab ini termasuk:
  • Membina sel-sel sihat 
  • Mengawal hormon 
  • Membantu dalam penyerapan nutrien lain 
Satu hubungan penting di antara tahap zinc yg rendah membolehkan DHT menjadi tinggi (dihydrotestosterone; musuh rambut anda) dalam badan. Lebih zinc = DHT kurang; kurang zinc = DHT lebih.

Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zinc yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zinc diperlukan oleh seluruh badan. 

Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zinc juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita  kekurangan zinc, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zinc boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.

PENJAGAAN RAMBUT

ESP - Energizing Soy Protien

Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? 

Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.

HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506

PENJAGAAN MATA | KESIHATAN MATA ANDA

PENJAGAAN MATA

Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan akan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya. Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Gejala dan tanda
Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:
  • Sengal-sengal mata (eyestrain)
  • Kabur penglihatan
  • Mata kering (dry eyes)
  • Ketidakselesaan penglihatan
  • Sakit kepala.
  • Simptom-simptom lain yang turut disebabkan oleh penggunaan komputer seperti sakit dibahagian tengkuk dan juga belakang badan (back and neck pain).
Semua simptom-simptom ini boleh digolongkan sebagai tanda-tanda klasik bagi sindrom penglihatan penggunaan komputer (computer vision syndrome).
Bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer ini, peranan Optometris sebagai pengamal jagarawatan mata primer untuk penglihatan adalah amat penting.
Diagnosis, Pencegahan, Rawatan dan Rehabilitasi
Diagnosis dan rawatan bagi sindrom penglihatan penggunaan komputer adalah tugas yang amat mencabar bagi seorang Optometris kerana ia melibatkan faktor-faktor penglihatan dan okular serta faktor-faktor ergonomik seperti pencahayaan, postur ketika penggunaan komputer, posisi dan kedudukan komputer itu sendiri. Namun begitu, ini tidak bermakna masalah ini tidak boleh diatasi dan diselesaikan dengan kaedah pendiagnosian dan rawatan yang betul seperti berikut :
Pemeriksaan Penglihatan
Pemeriksaan penglihatan khususnya oleh Optometris secara menyeluruh dan komprehensif mampu memberikan jalan penyelesaian bagi mereka yang menghadapi simptom-simptom yang berkaitan dengan penggunaan komputer. 
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa selain pendekatan optometrik, sindrom penglihatan komputer memerlukan pendekatan multidisiplin yang bukan sahaja melibatkan terapi secara okular malahan juga beberapa perubahan ergonomik khususnya dari segi pengubahsuaian tempat kerja supaya dapat mengurangkan, jika tidak melenyapkan, simptom-simptom yang berkaitan dengan penggunaan komputer.
Pencahayaan
Pencahayaan adalah amat penting di dalam menentukan keselesaan penggunaan komputer. Pencahayaan yang sesuai dapat membolehkan pengguna komputer meningkatkan tahap keselesaan serta prestasi dan juga meminimumkan gangguan serta keletihan visual (visual fatigue).
  • Persekitaran yang ideal ialah persekitaran yang mempunyai tahap kecerahan yang sekata pada keseluruhan medan penglihatan pengguna komputer . Lampu kalimantang (fluorescence lamp) yang terlalu terang perlu dikurangkan kecerahannya dengan mengurangkan penggunaan jumlah tiub lampu.
  • Letakkan lampu dalam posisi yang sesuai untuk memaksimakan pencahayaan apabila menjalankan tugas yang perlu ketepatan atau ketelitian. Pada masa yang sama ia dapat mengurangkan silau pada skrin komputer.
  • Sumber cahaya yang berlebihan yang datang dari tingkap perlu dikurangkan dengan penggunaan langsir atau menggelapkan tingkap terbabit. Namun begitu, sekiranya sumber-sumber cahaya yang berlebihan tidak dapat dielakkan, pengubahsuaian terhadap tempat kerja komputer perlu dibuat, seperti beralih ke posisi tempat yang sumber cahaya memadai.
  • Penggunaan penapis anti-silau juga dapat membantu mengurangkan silau dan meningkatkan kontras paparan komputer, yang berpunca daripada sumber cahaya yang berlebihan. Ini dapat membantu mengurangkan pantulan cahaya seterusnya mengurangkan ketidakselesaan visual.
  • Mengubah posisi monitor komputer juga boleh mengurangkan silau.
  • Kontras/keterangan monitor komputer juga boleh diubah mengikut kesesuaian individu.

Ergonomik
Ergonomik yang sesuai perlu diamalkan oleh setiap individu yang banyak menggunakan komputer. Di samping itu juga, suai-letak paparan komputer yang memainkan peranan dalam memberikan keselesaan kepada penggunaan komputer. Prinsip asas seperti berikut boleh diamalkan :
  • Jarak skrin paparan daripada mata supaya berada di antara 16 hingga 30 inci.
  • Skrin paparan berada 10 hingga 20 darjah di bawah paras mata.
  • Kekalkan postur yang baik semasa bekerja
Dengan cara ini, simptom-simptom fizikal akibat postur yang salah seperti sakit tengkuk, bahu dan belakang dapat dielakkan, dan keselesaan penggunaan komputer juga dapat ditingkatkan.
Masalah Berkaitan Penglihatan Seseorang
1. Penglihatan Lesu (Visual Fatigue)
Penggunaan komputer yang berterusan untuk jangka masa yang lama didapati menyumbang kepada masalah-masalah yang berkaitan penglihatan. Adalah disarankan supaya pengguna komputer berehat selepas menggunakan komputer berterusan untuk sesuatu jangka waktu :
      Merehatkan sistem akomodasi mata dengan memandang objek-objek jauh dua kali setiap jam selama satu hingga dua minit sebelum meneruskan tugasan komputer. Ini membolehkan sistem okular khususnya sistem akomodasi direhatkan seterusnya dapat menghindari masalah-masalah seperti kabur penglihatan sementara serta sengal-sengal mata yang lazim dialami akibat penggunaan komputer secara berterusan.

2.Rabun Penglihatan
Bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti miopia (rabun jauh), hiperopia (rabun dekat) dan juga presbiopia (lemah akomodasi akibat peningkatan umur), penggunaan komputer pada jangka waktu yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah terhadap sistem penglihatan.
  • Disarankan supaya pengguna-pengguna komputer yang menggunakan komputer lebih daripada satu jam sehari memakai cermin mata khusus bagi penggunaan komputer (computer glasses). Terdapat pelbagai jenis cermin mata khas yang berada dipasaran bagi penggunaan komputer. Di antaranya ialah cermin mata jenis bifokal, multifokal, dan juga progresif. 
  • Pemilihan jenis cermin mata adalah bergantung kepada keperluan pengguna serta nasihat dan konsultasi daripada Optometris bertauliah. Optometris perlu menjalankan pemeriksaan refraksi khas bagi tujuan ini untuk membolehkan  cadangan dan saranan dikemukakan kepada pengguna bagi memilih jenis cermin mata yang besesuaian dengan kehendak dan keperluan pengguna komputer.
3. Sindrom Mata Kering (Dry Eye Syndrome)
Turut menerima kesan terhadap penggunaan komputer yang berpanjangan ialah sistem lubrikasi okular di mana pengguna komputer akan kurang mengelipkan mata ketika penggunaan komputer menyebabkan air mata pra-kornea lebih cepat tersejat ke persekitaran. Ini boleh mengakibatkan rasa iritasi dan juga kepedihan mata akibat sindrom mata kering (dry eye syndrome).
  • Penggunaan titisan lubrikasi seperti titisan air mata tiruan (artificial tears) yang boleh didapati di farmasi-farmasi serta prakris-praktis optometri yang berhampiran. Namun begitu, konsultasi daripada optometrist adalah penting sebelum sebarang cecair lubrikasi digunakan khususnya bagi pemakai-pemakai kanta sentuh. Ini kerana,  cecair lubrikasi ini mempunyai kandungan bahan pengawet tertentu yang mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan juga merosakkan kanta sentuh yang dipakai oleh pengguna.
  • Ingatkan diri untuk mengelipkan mata lebih kerap bagi mengelakkan mata menjadi kering.

Para pengguna komputer yang mengalami sindrom penglihatan komputer akan mengalami pelbagai masalah dan juga simptom, samada berkaitan penglihatan ataupun tidak. Adalah penting bagi optometris dan pakar penjagaan penglihatan menjalankan pemeriksaan yang terperinci khususnya dari segi keperluan dan kehendak pengguna komputer serta mengetahui simptom-simptom dan tanda-tanda yang berkaitan dengan penggunaan komputer. 
Sindrom ini boleh dielakkan dan dirawat dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti melakukan pengubahsuaian ergonomik, pemakai cermin mata yang bersesuaian, perubahan pencahayaan serta pengamalan penggunaan penglihatan secara sihat (visual hygiene). 
Bagi kebanyakkan orang, penggunaan komputer adalah amat penting lebih-lebih lagi dalam era teknologi dan globalisasi kini, samada penggunaan di rumah mahupun di pejabat. Banyak lagi perkara yang perlu difahami tentang kesan penggunaan komputer terhadap sistem penglihatan.
 Namun langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan di dalam artikel ini mampu sedikit sebanyak perlindungan terhadap mata pengguna serta mencegah masalah-masalah yang mungkin timbul di dalam apa yang dikatakan sebagai epidemik abad ke-21.
Antara lain penjagaan kesihatan mata iaitu dengan pemakanan seimbang atau antara lain ialah dengan pemakanan tambahan, maksud saya dengan vitamin Shaklee. Antara vitamin Shaklee yang boleh saya syorkan ialah : 
PENJAGAAN MATA

Kandungan Nutrisi:-
– 400IU vitamin E dari sumber semulajadi
– 10mcg selenium sebagai pelengkap kepada vitamin E
PENJAGAAN MATA
Mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu:-
– Vitamin B1 (Thiamin)
– Vitamin B2 (Riboflavin)
– Vitamin B3 (Niacin)
– Vitamin B6
– Fotate (Folic Acid)
– Vitamin B12- Biotin- Pantothenic Acid
PENJAGAAN MATA

4 kandungan utama:-
– Beta Carotene
– Lycopene
– Lutein dan Zeaxanthin
– Alpha Carotene

HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506

HILANG SELERA MAKAN | TAMBAH SELERA MAKAN ANDA

SELERA MAKAN

Apakah itu selera makan?
Kehilangan selera makan bermaksud kehilangan keinginan untuk makan dan biasanya berkaitan dengan pengurangan pengambilan makanan. Kehilangan selera makan mungkin diakibatkan oleh pelbagai jenis penyakit. Walau bagaimanapun, ramai doktor tidak menilai status pemakanan warga emas secara rutin atau merawat punca kehilangan selera makan dengan sepatutnya. Ini boleh memudaratkan warga emas kerana masalah kekurangan zat makanan dan penyusutan otot boleh mempengaruhi kualiti hidup seharian mereka.
Punca-punca
Kehilangan selera makan merupakan masalah kesihatan yang penting bagi warga emas, Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan kejadian ini termasuk:
  • Masalah perubatan seperti kanser, penyakit paru-paru kronik, kegagalan jantung kronik, kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan hati kronik, penyakit sendi kronik (seperti Rheumatoid Arthritis) dan penyakit AIDS
  • Masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk, keresahan yang memberi kesan tekanan perasaan yang menyebabkan kehilangan selera makan.
  • Masalah sosial seperti kemiskinan, pengasingan atau kesunyian
  • Masalah pergigian seperti gigi yang rosak dan gigi palsu yang tidak sesuai yang menyebabkan pemilihan makanan yang terhad.
  • Faktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rasa makanan yang sebenar dan ini secara tidak langsung akan mengurangkan selera makan.
  • Masalah pembedahan seperti masalah menelan dan usus tersumbat
  • Sebab-sebab lain seperti berasa loya, muntah, kesakitan yang berterusan dan perubahan deria rasa
Komplikasi
Bagi warga emas, kehilangan selera makan boleh membawa kesan seperti di bawah :
  •  kekurangan zat makanan dan berkaitan dengan penurunan fungsi otot
  • pengurangan kepadatan tulang,
  • daya pertahanan badan terjejas,
  • kurang darah,
  •  pengurangan fungsi kognitif,
  • luka yang lambat sembuh,
  •  kualiti hidup terjejas
  • meningkatkan kejadian morbiditi dan kematian.
Bagaimana cara untuk meningkatkan selera makan di kalangan warga emas?
Penjaga warga emas merupakan individu yang penting dalam membantu mempertingkat selera makan di kalangan warga emas. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diamalkan :-
  • Sediakan makan kegemaran mereka dan jika berpeluang senaraikan beberapa makanan untuk memberi peluang mereka memilih makan yang dikehendaki.
  • Hidangkan makanan dalam hidangan yang kecil.
  • Cuba menyediakan kepelbagaian resepi setiap hari . Keadaan ini secara tidak langsung akan memeberi peluang kepada mereka untuk menikmati menu  yang berbeza serta menambahkan selera.
  • Gunakan pelbagai perencah seperti  perencah asli untuk membangkitkan selera mereka.
  • Cuba untuk menyediakan makanan mengikut kessesuaian supaya ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka seperti, menyediakan makanan dalam potongan yang kecil sekirannya mereka mempunyai masalah menguyah makanan.
  • Memastikan mereka minum jumlah air yang mencukupi.
  • Memberi sokongan pada mereka dengan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, mengambil berat dan sentiasa memberi sokongan. Jangan biarkan mempersaikan segala keperluan dan harapan mereka.
Rawatan dan Pencegahan
Kehilangan selera makan dan kekurangan status pemakanan yang berkaitan merupakan tanda klinikal yang perlu dinilai secara rutin pada semua warga emas yang berisiko. Langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan perlu dilaksanakan pada peringkat awal dan penglibatan pasukan pelbagai disiplin perlu untuk melambatkan perkembangan penyakit dan meningkatkan fungsi dan kualiti hidup pesakit pada keseluruhannya.
Antara lain cara untuk menambahkan selera makan adalah dengan pemakanan vitamin Shaklee, antara vitamin Shaklee yang boleh anda ambil adalah seperti :


Selera Makan

Vita-lea Shaklee

Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Pengambilan vitalea banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadika kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening. Vitalea merupakan supplement penting untuk diet seharian.
Selera Makan
Mealshake Shaklee
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protien. Supplement penting untuk menambahkan berat badan yang mana ia mampu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Mealshake banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.


Selera Makan

B-Complex Shaklee
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan, mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardivaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506


JENIS-JENIS DARAH



DARAH



BUAH PINGGANG ( KIDNEY )

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

BUAH PINGGANG

Monday, September 29, 2014

INDEKS JISIM BADAN (BMI) DIKIRA UNTUK INDEKS PRESTASI UTAMA (KPI)



BMI akan dikira dalam KPI

GEORGETOWN - Bagi meningkatkan kesedaran pentingnya kesihatan, pelbagai langkah dilaksanakan termasuk cadangan memasukkan Indeks Jisim Badan (BMI) ke dalam pengiraan Indeks Prestasi Utama (KPI).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ia sebagai salah satu langkah mendidik masyarakat mementingkan kesihatan, namun ia masih di peringkat cadangan.

“Kita tidak paksa, namun ia lebih kepada galakan. Cadangan ini akan dibawa ke kementerian dan saya berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih serius pada masa akan datang

SUMBER KKM(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

JADI KENALAH KITA JAGA PEMAKANAN DAN KESIHATAN

SHA SEDIA MEMBANTU : 0123385506
FB SHA : https://www.facebook.com/shashaklee

APA ITU NUTRIFERON SHAKLEE?

NUTRIFERON SHAKLEE


Shaklee telah membuktikan bahawa Nutriferon tingkatkan antibodi. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Sesuai kepada mereka yang antibodi yang lemah, senang sakit, lambat pulih dari sakit, selalu selsema, batuk, asma, eczema dan resdung. Ia terbukti menguatkan sistem imun dan antibodi dalam masa 3 hari. Satu-satunya interferon semulajadi di dunia dan kajian menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage. 

Nutriferon juga mengurangkan jangkitan terhadap pesakit Hepatitis. Keberkesanan NutriFeron dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Nutriferon juga digunakan dalam melawan kanser dan tumor. Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Dalam beberapa kes, Nutriferon boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi. Ia juga terbukti membantu dalam melegakan kelesuan dan kepenatan daripada aktiviti harian seperti kebimbangan, tekanan, keletihan dan gaya hidup aktif. Ia amat berkesan membantu anda melegakan keletihan daripada puasa atau selepas aktiviti berat.

Yang paling menjadi masalah dalam kehidupan harian kita adalah influenza atau selsema. Nutriferon menguatkan antibodi terhadapt influenza.  Mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza. Pengambilan segera diawal serangan dapat mengurangkan dan melegakan kesan influenza seperti keletihan dan badan tidak bermaya.

Antara manfaat dan kehebatan Nutriferon Shaklee :

  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Nutriferon merangsang dan mempertingkat sistem imun tubuh dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
  • Melawan kanser & tumor
  • Melindungi tubuh dari influenza
  • Meringankan stress & kelesuan
  • Melambatkan penuaan
  • Mengurangkan infeksi penyakit Hepatitis B & C
  • Mengurangkan kesan PMS dan menopaus

Kandungan di dalam Nutriferon Shaklee:

  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
    HARGA PASARAN NUTRIFERON SHAKLEE    >>> RM 181.25

PENGEPOSAN SEMENANJUNG                                 >>> RM 10
    PENGEPOSAN SABAH/SARAWAK                             >>> RM 20

    DAPATKAN HARGA ISTIMEWA DARIPADA SHA
    Hubungi saya SMS/WHATSAPP : 012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat 



    Bonda Sha
    Shaklee Independent Distributor
    ID No.: 853871
    Contact No.: 012 - 338 5506

    Sunday, September 28, 2014

    KENALI PENYAKIT PARKINSON

    PENYAKIT PARKINSON
    KENALI PERKINSON

    Apakah Penyakit Parkinson?
    Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.
    Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.
    Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

    Antara Komplikasi - Komplikasi :
    Fizikal:
    • Jatuh
    • Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
    • Sembelit
    • Kesukaran penelanan (dysphagia)
    • Kesukaran pertuturan (dysarthria)
    • Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
    • Kudis tekanan
    • Turun berat badan
    Psiakiatri:
    • Masalah emosi seperti:
      1. kemurungan
      2. keresahan
    • Fungsi otak terjejas seperti:
      1. Ingatan
      2. Proses pemikiran
      3. Kewarasan membuat keputusan
      4. Pertimbangan
      5. Tanggapan / persepsi
      6. Masalah tidur
    Sosial:
    • Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

    Tanda - Tanda & Simptom-simptom :
    4 Tanda dan Simptom utama:
    • Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
    • Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan - Rigidity)
    • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
    • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
    Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.
    Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

    Rawatan Bukan Ubat-ubatan
    Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
    • Doktor
    • Jururawat
    • Jurupulih anggota
    • Jurupulih bahasa dan pertuturan
    • Pakar psikologi/psiakatri
    • Pegawai farmasi
    • Pegawai kebajikan perubatan
    Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)
    Rawatan Ubat-ubatan
    Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.
    Pencegahan
    Punca sebenar tidak diketahui.
    Rehabilitasi
    Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.
    Kumpulan Sokongan

     Adakah anda tahu bahawa tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom. tetapi Shaklee mempunyai Vitamin-vitamin untuk membantu melegakan dan terus membentuk sel-sel yang baru yang membolehkan pengidap mempunyai peluang yang besar untuk pulih.  Antara produk vitamin shaklee yang boleh pengidap parkinson adalah :

    VIVIX SHAKLEE               >>>   Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
    OSTEMATRIX SHAKLEE >>>  Untuk transmisi impuls saraf.
    B - COMPLEX SHAKLEE >>>  Untuk fungsi otak dan aktiviti enzim.
    LECITHIN SHAKLEE        >>>   Neurotransmitter.
    ESP SHAKLEE                 >>>    Mengawal mood, memperbaiki transimisi impuls saraf.
    VITA-E SHAKLEE             >>>  Menghalang kerosakan akibat radikal bebas.
    OMEGA GUARD               >>>  Melancarkan peredaran darah
    VITA-LEA                          >>> Malnutrisi adalah kerap bagi pesakit Parkinson.

    PARKINSON

    PARKINSON

    PARKINSON


    PARKINSON

    PARKINSON

    PARKINSON





















    DAPATKAN HARGA KASIH SAYANG DARIPADA SHA
    Hubungi saya SMS/WHATSAPP :012-338 5506 (SHA) untuk tawaran hebat