Wednesday, March 7, 2012

Petua Senaman Istimewa Untuk Wanita

Wanita oh wanita..kerana dirimu begitu berharga. =)
Saya suka entry ni..dan saya juga mengamalkannya bagi menambat hati sang suami.. ;p
Jom kita sama-sama jadikan ia sebagai amalan dan rutin harian..


1. Senaman Tupai - Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. 

Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dab ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

2. Senaman Kiambang - Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. 

Caranya: Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

3. Senaman Klasik Kemutan Faraj
• Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
• Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.

Proses Pengemutan
1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut -Seperti menahan air kencing

Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.




2 comments:

  1. entri yang menarik & in shaa Alah dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri :)

    TQ

    ReplyDelete