Saranan asas pakar perubatan dan
pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk
minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap
berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh
menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang
bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil.
Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air
kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat
yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air
kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer
air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi
kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400
mililiter.Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun
malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara
baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan
buangan dari badan.
Antara kepentingan air:
- Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus,
kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus). Walaupun tahu kepentingan dan
manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan
saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak
air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39
peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).
- “Air penting untuk melarutkan hasil
sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah
ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan
untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana
kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis
bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ
penting ini.
- “Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi
dan kajian menunjukkan pengambilan
8-10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada
80 peratus pesakit artritis.
- “Air turut menjadi bahan asas paling
utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah
menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan
mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita
membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih
segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan
badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal,
mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang
mendapat jangkitan.
- Air untuk buang lemak. Bagi
individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen
penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan
proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang
perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya
ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini
menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat
ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.Masalah
ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi
kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah
kekurangan air dalam badan.
Kesan kekurangan air:
- Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael
Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan
menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari
adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk
proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini,
badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air
membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul
oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan
oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan
sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.
- Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air. “Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.
- “Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang.
- Kehilangan hanya dua peratus air
boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur,
sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara
cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak
duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap
satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai
‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu
meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.
Badan kehilangan air melalui:
- Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
- Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
- Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
- Najis (1/2 gelas air – dua peratus)
Langkah terbaik ialah minum air:
- setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong
boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air
tidak mengandungi kalori.
- pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan.
Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung
dapat mengelak kita makan banyak.
# Ingat, air yang perlu diambil
ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak
diperlukan badan.
mcm mna kes yg kerap ke toilet pg2 buta sbb dy amk air byk time2 mcm 2..?bhya jgk ke..?tolg...
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Minum air yang cukup jika ambil vitamin
ReplyDelete