‘Gaji RM4,000 baru cukup hidup di bandar’
SHAH ALAM - Baru-baru ini menerusi satu kenyataan daripada bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa data terbaru Bank Dunia, gaji di bawah RM3,600 dikira berada dalam kelompok miskin di Malaysia.
Tinjuan Sinar Harian Online mendapati, rata-rata orang ramai yang ditemui bersetuju dengan kenyataan itu kerana gaji yang mereka peroleh hanya ‘cukup-cukup makan’.
Menurut seorang pekerja grafik, Mohd Fazly Ruslim, 26, berkata, beliau sangat bersetuju dengan data tersebut kerana ia melambangkan kehidupannya sekarang yang bergaji di bawah RM3,600.
“Saya memang bersetuju, golongan penduduk bandar macam saya terkesan dengan kos hidup yang makin tinggi. Generasi sekarang hendak mulakan hidup memang susah berbanding generasi yang lepas.
“Bagi saya, kerajaan perlu fikir untuk tingkatkan lagi taraf kehidupan rakyat. Kos beli barang meningkat namun tiada sebarang peningkatan ekonomi kepada rakyat untuk itu paling molek saya rasa kenaikan kos hidup perlu seiring dengan kenaikan gaji .
“Sementara menyentuh soal gaji, pada pandangan sayalah kalau tinggal di bandar, macam boleh ‘rileks’ sikit dalam RM4,000 sebulan itu OKlah buat masa sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Pandangan ini turut dipersetujui oleh seorang pekerja swasta, Fathullah Asri, 24, yang mengatakan bahawa dirinya sekarang sememangnya berada dalam kelompok yang ‘miskin’.
“Saya fikir bahawa data yang dikeluarkan oleh bank dunia itu boleh jadi benar.
“…Jika diikutkan faktor zaman sekarang ini, yang mana nilai mata wang yang semakin jatuh dan harga barang yang semakin tinggi seperti tanah, rumah,makan minum yang mana keperluan asas ini penting kepada setiap rakyat untuk hidup di Malaysia, namun disebabkan keperluan itu tinggi maka dapatan bulanan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja masih juga tidak mencukupi jadi itulah taraf kemiskinan di Malaysia di bawah gaji RM3,600 benarlah.
“Contohnya, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda jadi mungkin dalam RM2,000-RM3000 untuk gaji asas, itu untuk hidup di bandar satu cabaran yang sukar kerana bayangkan sekiranya gaji itu dibahagikan untuk rumah, kereta dengan minyak lagi ianya cukup-cukup makan sahaja,” katanya.
Sementara itu, menurut Sufian Razali, 28, data itu perlu kajian mendalam kerana kemiskinan itu berbentuk subjektif.
“Saya bersetuju kerana kalau kita lihat kos saraan hidup yang semakin meningkat sekarang, tetapi kajian mendalam tetap perlu dilakukan kerana jumlah gaji tersebut mungkin mencukupi untuk hidup di kampung.
“Barangkali kerajaan boleh menyediakan peluang untuk menambah pendapatan masyarakat dan individu. Sementara untuk gaji yang sesuai untuk hidup di bandar adalah dalam RM5,000,” katanya.
Sementara itu, bagi penuntut universiti tempatan, Norhayati Awang, 24, data itu perlu diklasifikasikan mengikut keadaan kerana wujudnya perbezaan antara cara kehidupan di luar bandar dan bandar.
“Kalau di bandar saya setuju tetapi di kampung saya rasa masyarakat yang bergaji sebanyak ini RM3,600 tidak miskin,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Iera Yusoff,38, yang menjalankan perniagaan sendiri, berkata data gaji itu tidak digambarkan sebagai miskin tetapi tidak mencukupi.
“Pada pandangan saya miskin itu agak subjektif tetapi masih belum mencukupi, dalam keadaan semasa sekarang yang mana harga barangan mula naik, minyak sudah naik jadi dengan RM3,600 itu bagi yang berkeluarga sememangnya tidak cukup.
“Saya rasa dalam keadaan hari ini gaji antara RM4,000 sehingga RM5,000 barulah mencukupi bagi mewujudkan sebuah senario keluarga yang harmoni,” katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Bila membaca post Sinar Harian teringat cerita kami dulu-dulu, hehehe....sha cite sikit ye... Letihnye kan apabila kita semua mendengar dan membaca tentang artikel ni. kuasa membeli semakin kurang, gaji RM 5000.00 cukup-cukup makan. minyak naik, makan lagi lah apabila kita minyak naik. nak salah kan kerajaan tiada gunanya kerana siapa lah kita. hari- hari kita mengeluh. hari- hari merungut, anak-anak perlukan keperluan harian. dah banyak kita cuba 'cut cost' untuk anak-anak.
KEHIDUPAN KINI |
Stress kan. apa yang boleh kita buat adalah dengan mencari 'part time' atau kerja yang boleh memberikan kita pendapatan yang lebih. ada yang menjual nasi lemak pagi selepas subuh hingga terlewat untuk masuk kerja, ada yang kerja di restoran selepas habis kerja. Mendengar pun dah letih apatah lagi yang memikul beban. Allah sahaja yang mengetahui. Itu lah yang terjadi pada kami suatu ketika dahulu, tapi ketika itu kami baru mempunyai seorang anak.
Suami sebagai penjawat awam di Putrajaya dan saya seorang jururawat di Hospital Serdang. Saya bekerja Syif dan suami bekerja office hour. Gaji kami Alhamdulillah, cukup lah kami 3 beranak dan untuk mak ayah kami. Anak dihantar ke rumah mertua di sepang. kami berulang alik dari putrajaya -sepang-serdang-sepang-baru sampai umah di putrajaya. Minyak kereta di ketika itu lebih kurang RM50 sehari. Anak terfikir untuk dihantar ke taska apabila difikir balik aduhai anak pertama, sayang berjuta sayang apabila terfikir apa yang tidak diingini akan berlaku.
Hari semakin hari taraf hidup semakin meningkat, kami duduk di kuarters terasa bahang nya. kami cuba untuk cut cost apa yang perlu, keperitan untuk meneruskan kehidupan makin terasa, Alhamdulillah kami dipertemukan dengan kak cery iaitu kini Master Shareeza. Kak Cery diperkenal kepada Master Iffah Anuar. Alhamdulillah, kami diperkenalkan dengan produk Shaklee. Termenung jugak apabila first mind set kene jual Shaklee ker... tetapi oleh kerana duit, kami terus buat, ikut apa yang perlu dibuat,
Alhamdulillah... dari 2 angka kami melangkah ke 3 angka seterusnya ke 4 angka dan seterusnya...Terima kasih Allah. kami berdua mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah mengikut Mak Ayah ke Melaka. Dalam keluarga Shaklee kami terutamanya S2U kami lebih kepada tolong menolong, sharing-sharing, berdoa, mendekatkan diri kepada yang Esa dan banyak lagi.
Kami diajar tidak bergantung pada manusia semata, hanya kepada yang Esa.. Alhamdulillah.. terima kasih Allah, terima kasih Mak ayah, terima ksih semua keluarga Shaklee, terima kasih semua custemer Shaklee kami.. Terima kasih.. Sekarang kami membesarkan anak-anak depan mata itulah yang paling best,hehehe... anak kami dah 2 orang dalam perancangan untuk ke -3..semua ketentuan Ilahi. itulah serba sedikit cerita tentang kami. Kami sedia membantu sesiapa sahaja untuk menjadi sebahagian dari keluarga shaklee kami. hubungi Sha ... InsyaAllah.. Alhamdulillah.....
FACEBOOK SHA : https://www.facebook.com/shashaklee
No comments:
Post a Comment