Thursday, October 16, 2014

SOLAT 5 WAKTU TERAPI DIRI

BONDA SHA SHAKLEE


Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim. Ia adalah tiang agama itu sendiri. Berdasarkan hujah Syarak samaada yang terdapat di dalam al-Qur’an, Hadis Rasulullah s.a.w, pandangan ulama dan kajian sains moden, solat telah terbukti mempunyai sejuta hikmah tersembunyi. Penulisan tajuk ini bermaksud untuk melihat bagaimana solat boleh berperanan untuk merawat penyakit zahir dan juga batin (Fizikal dan rohani)


BONDA SHA SHAKLEE

Fadhilat Solat

Beberapa ayat dari al-Qur’an menjelaskan fadhilat solat seperti berikut;

Firman Allah “ Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) apa yg diwahyukan kepadamu daripada al Qur’an dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.( Al Ankabut 45)

Firman Allah:” Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman yg khyusuk dlm solat mereka dan yg menjauhkan diri drp perbuatan dan perkataan yg sia-sia dan mereka yg menunaikan zakat dan yg menjaga kemaluan mereka…(Al Mu’minun :1-11)

Firman Allah bermaksud: “ Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia menerima kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yg mereka itu tetap mengerjakan solatnya”. (Maarij: 19-23).

Seterusnya terdapat keterangan daripada Hadis Rasulullah menjelaskan Fadhilat solat antaranya ialah;

Abu Zar berkata bahawa Rasulullah bersabda:” Suatu ketika Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan drp sebatang pokok maka daun2 tersebut mulai gugur dgn lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, “Wahai Abu Zar” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian baginda bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solat utk mendapat keredhaan Allah dosanya gugur sebagaimana gugurnya daun-daun ini dari pokok (Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah katanya Rasululah bersabda ‘Jika sebatang anak sungai mengalir dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran ? Para sahabat menjawab “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran”. Rasulullah bersabda, “Maka demikian juga solat lima waktu, melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Drp Huzaifah menyatakan , bahawa Rasulullah apabila mengalami suatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat (Riwayat Ahmad dan Abu Dud)

Seorang tokoh ulama Fazlur Rahman (1992) ketika mengulas amalan solat beliau menyatakan seperi berikut

"Solat biasanya menghasilkan kebahagiaan dan kepuasan dlm fikiran. Solat menyingkirkan perasaan gelisah dan memadamkan api kemarahan. Solat menambahkan kecintaan pada kebenaran dan menambahkan kerendahan hati kepada manusia. Solat dapat menjadi penawar tekanan kerana melaluinya muncul kualiti diri yang positif seperti kesabaran, daya tahan dan keteguhan hati ketika menghadapi cabaran hidup".

Berdasarkan keterangan-keterangan di atas adalah jelas menunjukkan solat bukan sebarang Ibadah melainkan ia adalah amalan yang boleh berperanan untuk menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu khususnya penyakit dalaman dan luaran manusia. Solat adalah penyuci diri drp dosa, benteng diri dari melakukan maksiat dan mungkar sekaligus pemangkin seseorang untuk berjaya di dunia dan juga akhirat


No comments:

Post a Comment