Tuesday, September 30, 2014

HILANG SELERA MAKAN | TAMBAH SELERA MAKAN ANDA

SELERA MAKAN

Apakah itu selera makan?
Kehilangan selera makan bermaksud kehilangan keinginan untuk makan dan biasanya berkaitan dengan pengurangan pengambilan makanan. Kehilangan selera makan mungkin diakibatkan oleh pelbagai jenis penyakit. Walau bagaimanapun, ramai doktor tidak menilai status pemakanan warga emas secara rutin atau merawat punca kehilangan selera makan dengan sepatutnya. Ini boleh memudaratkan warga emas kerana masalah kekurangan zat makanan dan penyusutan otot boleh mempengaruhi kualiti hidup seharian mereka.
Punca-punca
Kehilangan selera makan merupakan masalah kesihatan yang penting bagi warga emas, Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan kejadian ini termasuk:
  • Masalah perubatan seperti kanser, penyakit paru-paru kronik, kegagalan jantung kronik, kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan hati kronik, penyakit sendi kronik (seperti Rheumatoid Arthritis) dan penyakit AIDS
  • Masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk, keresahan yang memberi kesan tekanan perasaan yang menyebabkan kehilangan selera makan.
  • Masalah sosial seperti kemiskinan, pengasingan atau kesunyian
  • Masalah pergigian seperti gigi yang rosak dan gigi palsu yang tidak sesuai yang menyebabkan pemilihan makanan yang terhad.
  • Faktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rasa makanan yang sebenar dan ini secara tidak langsung akan mengurangkan selera makan.
  • Masalah pembedahan seperti masalah menelan dan usus tersumbat
  • Sebab-sebab lain seperti berasa loya, muntah, kesakitan yang berterusan dan perubahan deria rasa
Komplikasi
Bagi warga emas, kehilangan selera makan boleh membawa kesan seperti di bawah :
  •  kekurangan zat makanan dan berkaitan dengan penurunan fungsi otot
  • pengurangan kepadatan tulang,
  • daya pertahanan badan terjejas,
  • kurang darah,
  •  pengurangan fungsi kognitif,
  • luka yang lambat sembuh,
  •  kualiti hidup terjejas
  • meningkatkan kejadian morbiditi dan kematian.
Bagaimana cara untuk meningkatkan selera makan di kalangan warga emas?
Penjaga warga emas merupakan individu yang penting dalam membantu mempertingkat selera makan di kalangan warga emas. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diamalkan :-
  • Sediakan makan kegemaran mereka dan jika berpeluang senaraikan beberapa makanan untuk memberi peluang mereka memilih makan yang dikehendaki.
  • Hidangkan makanan dalam hidangan yang kecil.
  • Cuba menyediakan kepelbagaian resepi setiap hari . Keadaan ini secara tidak langsung akan memeberi peluang kepada mereka untuk menikmati menu  yang berbeza serta menambahkan selera.
  • Gunakan pelbagai perencah seperti  perencah asli untuk membangkitkan selera mereka.
  • Cuba untuk menyediakan makanan mengikut kessesuaian supaya ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka seperti, menyediakan makanan dalam potongan yang kecil sekirannya mereka mempunyai masalah menguyah makanan.
  • Memastikan mereka minum jumlah air yang mencukupi.
  • Memberi sokongan pada mereka dengan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, mengambil berat dan sentiasa memberi sokongan. Jangan biarkan mempersaikan segala keperluan dan harapan mereka.
Rawatan dan Pencegahan
Kehilangan selera makan dan kekurangan status pemakanan yang berkaitan merupakan tanda klinikal yang perlu dinilai secara rutin pada semua warga emas yang berisiko. Langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan perlu dilaksanakan pada peringkat awal dan penglibatan pasukan pelbagai disiplin perlu untuk melambatkan perkembangan penyakit dan meningkatkan fungsi dan kualiti hidup pesakit pada keseluruhannya.
Antara lain cara untuk menambahkan selera makan adalah dengan pemakanan vitamin Shaklee, antara vitamin Shaklee yang boleh anda ambil adalah seperti :


Selera Makan

Vita-lea Shaklee

Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Pengambilan vitalea banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadika kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening. Vitalea merupakan supplement penting untuk diet seharian.
Selera Makan
Mealshake Shaklee
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protien. Supplement penting untuk menambahkan berat badan yang mana ia mampu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Mealshake banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.


Selera Makan

B-Complex Shaklee
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan, mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardivaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506


No comments:

Post a Comment