- Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
- Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
- Rambut
- dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
- Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
- Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
- Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
- Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
PENJAGAAN RAMBUT YANG TERBAIK
- Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
- Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
- Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
- Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
- Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
- Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
RAMBUT BERMASALAH :
Rambut gugur (hair loss)
- Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
- Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
- Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
- Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
- Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
- Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
- Kelemumur (dandruff)
- Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
- Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
- Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
- Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
- Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
- Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
- Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
- Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;
- Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
- Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
- Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
- Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
- Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
- Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Antara lain penjagaan ialah dengan Pro Sante Shaklee, iaitu set Pro Sante Shaklee, Zinc Complex, dan ESP iaitu Energizing Soy Protien.
Lightweight Conditioner
- Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
- Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
- Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
Purifying Shampoo
- Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
- Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
- Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Replenishing Conditioner
- Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
- Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
- Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Revitalizing Shampoo
- Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
- Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
- Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Long Lasting Finishing Spray
- Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
- memastikan gaya rambut tidak berubah
- Memberikan perlindungan UV
Zinc Complex
Terdapat banyak sebab-sebab mengapa kita perlu zinc shaklee dalam badan kita. Sebab-sebab ini termasuk:
Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zinc yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zinc diperlukan oleh seluruh badan.
- Membina sel-sel sihat
- Mengawal hormon
- Membantu dalam penyerapan nutrien lain
Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zinc yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zinc diperlukan oleh seluruh badan.
Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zinc juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita kekurangan zinc, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zinc boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.
ESP - Energizing Soy Protien
Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari?
Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.
HUBUNGI SHA UNTUK NASIHAT KESIHATAN ANDA : 0123385506
FB SHA : https://www.facebook.com/shashaklee
No comments:
Post a Comment