Thursday, September 18, 2014

Selulit


      Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

    Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

  Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.



Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :



1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit

5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit 

7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman  

Beberapa wanita mengalami masalah selulit di kulitnya. Walaupun selulit sering muncul di bagian kulit yang tersembunyi, tetap saja membuat wanita tidak percayakan pada diri sendiri. Oleh itu akaum wanita harus lah berhati-hati dengan makanan tertentu yang dapat menyebabkan selulit. Walaupun selulit tidak bahaya dari segi kesihaatan tetapi selulit tetap nampak tidak cantik pada kaum wanita yang boleh menyebabkan seseorang itu merasa malu atau rendah diri.






Selulit Boleh Diatasi Jika :

 


1) Kafein
  
Minuman yang berkafein dapat mempengaruhi sirkulasi darah dan metabolisme. Jika Anda ingin benar-benar melawan selulit, gantilah kopi/kafein dengan minuman lain, misalnya teh herbal. 

2) Gula 
 
Kelebihan kandungan gula dapat membuat dinding arteri dan pembuluh darah kehilangan elastisitasnya dan membentuk selulit

3) Gandum dan Produk Yang Mengandung Tepung

Sebagai kita semua ketahui bahawa gandum adalah suatu makanan yang sihat. Tapi ternyata tidak sama sekali kerana lektin adalah elemen alam yang dapat menjadi racun bagi tubuh, dan dapat dijumpai pada gandum dan tepung. Bahan tersebut dapat menyebabkan selulit

Karbohidrat Olahan 

4) Sereal, roti, pasta adalah karbohidrat olahan yang dapat meningkatkan gula darah dan kadar glukosa dalam tubuh. Produk tersebut juga dapat mengurangkan sensiviti insulin yang dapat menyebabkan pengumpulan lemak



10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Selulit :

 

1) Bahan/makanan berunsur coklat



2) Daging olahan

3) Mayonnaise

4) Sos - cili,tomato, tiram dll

5) Garam

6) Gula-gula

7) Lemak Daging 

8) Pisang

9) minuman beralkohol 

10) Produk tepung




Makanan Yang Menghindarkan Selulit : 


1) Kacang almond



2) Telur rebus

3) Daun seleri



4) Jeruk

5) Nenas

6) Lobak merah (carrot)

7) Susu rendah lemak

8) Ikan

9) Kerang

10) Kubis, sawi bunga, baby kailan

11) Paprika

12) Air mineral

No comments:

Post a Comment