Tuesday, September 16, 2014

Resepi Pizza

Homemade Pizza
Bahan-bahan (doh):
* 4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan minyak sayuran
* 1 1/2 air suam
* 2 sudu teh yis
* 3 sudu teh mentega
* secubit gula
(Topping):
* Puri tomato
* Sos cili
* Daging kisar (tumis bersama bawang)
* Cendawan butang
* Nenas
* Cili benggala
* Parmesan
* Cheese pizza
Cara-cara:
* campurkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau hingga sebati. Ketepikan
* masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat bentuk kawah dan masukkan semua bahan-bahan doh. Uli hingga sebati.
* biarkan doh kembang 2x ganda selama 30min dengan menutup bekas penguli
* bila doh telah kembang, tumbuk doh untuk buang angin dan uli sekali lagi
* bentukkan doh menjadi roti pizza pada tutup periuk
* sapukan puri tomato di seluruh permukaan atas doh
* tabur daging yang telah ditumis bersama bawang
* tabur cendawan butang, nenas, cili benggala dan pelbagai topping yang diingini
* akhir sekali tuang sedikit sos cili, taburkan parmesan dan cheese pizza
* bakar di dalan oven pada suhu 150°c selama 20minit
* siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment