Monday, September 22, 2014

PETUA MEMUTIHKAN KULIT MUKA

PETUA MEMUTIHKAN KULIT MUKA


Cara 1: Memutihkan muka dengan gula
  • Basuh dan bersihkan muka dengan air bersih.
  • Lapkan muka dengan tisu basah (kalau ada) atau tuala lembut yang bersih
  • Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang anda pakai.
  • Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut dan perlahan.
  • Sambil menyapu, urut muka anda secara membula sekitar 5-10 minit
  • Lepas tu, biarkan ia selama 10 minit
  • Seterusnya, bilas muka untuk menghilangkan sisa campuran tadi.
  • Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk untuk menutup liang pori yang terbuka.
  • Ambil seketul ais dan sapukan ke muka anda untuk menutup liang pori dengan lebih berkesan (jika mahu)

 Cara 2: Memutihkan muka dengan beras
  • Ambil segenggam beras, tumbuk dan tambahkan air
  • Kemudian sapukan ke muka sebelum masuk tidur

 Cara 3: Memutihkan muka dengan beras pulut

  • Rendam beras pulut sehingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat
  • Sebelum mandi, lumurkan seluruh muka dengan beras yang ditumbuk
  • Biarkan lumuran separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan
  • Bilas muka anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin
  • Untuk hasil yang terbaik, amalkan 2 kali seminggu. 

 Cara 4: Memutihkan muka dengan timun
  • Isi timun diparut atau dihancurkan.
  • Campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau
  • Sapukan ke muka. Tunggu sehingga kering.
  • Akhir sekali, bilas dengan air bersih atau air suam

 Cara 5: Memutihkan muka dengan lobak merah
  • Parut lobak merah
  • Campurkan sedikit kuning telur dan jus limau nipis sehingga sebati
  • Sapukan ke seluruh muka dan leher. Biarkan kering.
  • Seterusnya, bilas dengan air bersih atau air suam
  • Amalkan tiga kali seminggu

 Cara 6: Memutihkan muka dengan limau nipis (paling MUDAH)

  • Belah limau nipis menjadi dua
  • Gosokkan ke muka dan badan

No comments:

Post a Comment